0 1Entri 1Malaysia #5 : Hari Kemerdekaan Fasa-1

Gua baru menamatkan sebuah penderitaan yang bernama FYP atau dikenali Final Year Pain. Dah setahun gua menderita penyakit ni, akhirnya gua goodbye sama FYP pagi tadi. Walaupun gua dilibas secara peribadi oleh seorang examiner yang tak professional. Tak pa, abaikan. Gua pun tak sebut nama, malaikat pun macam. "Ehh, nak tulis ke ni? Dia tak sebut lagi nama orang tu".

Maka sekarang dengan rasminya gua dah boleh patahkan circuit FYP gua dan memadam folder bernama "Medical Laboratory Specimen Tracking System" dalam PC gua. Buat slow laptop gua aja nak main game snuker. Kalau main dekat Pusat Snuker Champion ni, mau dah kena charge sampai 30 ringgit.

Namun tu tak bermakna gua dah merdeka sepenuhnya. Lagi 29 minit lagi gua ada kuiz Perundangan Perniagaan dan Alam Maya atau budak U gua panggil Business and Cyber Law. Lepas tu gua nak kena lari lagu-laju ke Block B sebab ada asessment gamelan. Malam ni pun dengar kata gua ada meeting lagi. Patutnya budak-budak ni calonkan nama gua time general constituition UTP beberapa hari lepas. OK, gua nak kena solat dulu. Karang kena sambar petir time lari-lari karang pun susah jugak.

0 487 batang pen patah: