0 1Entri 1Malaysia #3 : Trajedi Dipang Berulang


Pagi tadi sebelum gua ke bilik air untuk menyucikan diri, gua ada baca paper dulu. Zaman dah berubah, nak bawak paper masuk toilet rasa mahal pulak RM1.50. Nak bawak laptop kang dah kena air tak memberi kerugian ratusan ringgit pulak.

Gua baca paper cerita pasal 22 budak sekolah di hanyutkan air Sungai Kampar di Kuala Dipang. Baca ja Kuala Dipang, gua teringat trajedi di Pos Dipang pada tahun 1996. Time tu gua pun kecik lagi, tak masuk sekolah menengah lagi. Tapi gua ingat trajedi tu sebab ramai yang terkorban, 30 orang lebih.

Kini kejadian yang sama berulang di tempat yang berhampiran, sungai yang sama dan mangsa yang berlainan. Kali ni mangsa budak-budak sekolah rendah yang sedang berkhemah bersempena Perkhemahan 1Malaysia. 1Malaysia, gua menulis untuk menunjukkan 1Malaysia, dan budak-budak tu berkhemah untuk menunjukkan semangat 1Malaysia.

Murid-murid ni kebanyakkan datang dari sekolah kebangsaan berhampiran Kampar, Batu Gajah dan Tronoh. Ya, TRONOH..tempat gua menapak sekarang ni. The lattest news said polis sedang giat mencari mangsa di lombong sekitar Tronoh kerana dipercayai arus sungai menuju ke lombong-lombong ini. Takziah kepada keluarga mangsa.

0 487 batang pen patah: