0 1Entri 1Malaysia #2 : Tidur Gua dan Beethoven

Dah nak dekat pukul 11 malam ni. Gua kena tulis entri laju-laju untuk memenuhi kriteri a1 entri = 1hari = 1Malaysia anjuran jejaka-jejaka Adelaide. Gua nak story tentang habit tidur gua yang agak cerewet.

Kebetulan malam semalam roomate gua tanya, kenapa perlu gua memasang lagu-lagu classical time tidur. Kenapa gua tak pasang lagu Aril AF ke time tidur? Gua memang akui, setiap kali gua nak pejam mata tak kira di mana dan waktu apa sekali pun gua kena dengar music dan music yang sering menjadi pilihan gua adalah classical.

Kenapa classical? Gua akui, citarasa gua dalam music agak cerewet. Dan lu bila gua pasang lagu entah apa-apa time nak tidur. Mata gua pejam, tapi dalam hati gua masih berkata-kata sambil memaki. Apa celaka lagu macam bunyi henpon..bla..bla..bla..

Maka untuk mengelakkan gua 'membebel' ketika tidur, gua memilih lagu yang gua rasakan perfect untuk dimainkan. Jadi gua dah tak membebel nak kata lagu itu tak sedaplah..bla..bla.. Lagi pun classical song tak ada vocal. Senang. Habis cerita!!

Gua kepilan salah sehelai lagu classical yang best bikin modal lu tidur malam ni. Karya Beethoven bertajuk Romance (in F major)..


0 487 batang pen patah: