3 Vintage : Pendidikan Awal Puasa


Petang tersebut suasana aman damai dan begitu harmoni, kelihatan seorang mak cik cleaner di sebuah asrama yang terletak di sebuah Kota Di Raja sedang asyik menyapu sampah sambil mendendangkan lagu Basket Case dendangan asal kumpulan punk rock Greenday. Dari kuntuman senyumannya gua syak pihak pentadbiran ada menyediakan bonus hari raya yang menjelang tak lama lagi.

Sedang asyik dia menyapu, tiba-tiba kelihatan satu sisa epal yang dilempar keluar dari tingkap dorm Kasturi. "Eeh budak-budak ni, bulan puasa ni. Ni ponteng puasa la kerjanya. Tak apa siap kau!!" mak cik cleaner buat rancang-rancang nak buat ala-ala rancangan Terjah dalam Melodi. "Siap kau!!" monolog mak cik sendirian.

"Pow!!!" Pintu dorm Kasturi di kuak dengan kuat. Ikutkan hati budak-budak Form 5 tu, memang dah naik kaki jawapannya terhadap perbuatan kurang hajar begitu. "Ni siapa yang tak puasa buang epal kat tingkap ni??!!!" jerit mak ci9k cleaner gaya garang. Budak-budak dorm Kasturi terkesima, jarum jam terhenti seketika.

Siapa tak puasa?? Mak cik cleaner tengok seorang-seorang dalam dorm. Seekor tengah pegang sudu bancuh Nescafe 3 in 1, seekor lagi tengah pegang water heater dalam proses nak menyiapkan Maggi Perisa Ayam, yang ada duduk atas katil tengah makan nasi bungkus bersama pemandu bas asrama dan 2 orang lagi sedang asyik menyedut asap-asap rokok di penjuru dorm. Siapa yang tak puasa?

*Peekkk* bunyi Mak Cik Cleaner tepuk dahi.

3 487 batang pen patah:

Prinzessin berkata...

semua tak puasa? hampeh~~

Ganti tak puasa yg tak berpuasa tu kemudiannya?hahaha

Zahirah Amalina berkata...

ahaahaha..korg memang..pg sbuk g dwan mkan..alih2 xpose gk..hahahaha..

eLFsuperwonderwoman berkata...

sokong ZA!
bsahor+berbuka paling laju, muke2 otromen ni la!
p/s:gamba abe adi paling ganas..