3 Raya?? Selamat Hari Raya


Gua dah nak balik KL lepas Asar ni. Pesanan pertama gua khas ditujukan kepada semua pemandu kenderaan berat yang memandu dari Ipoh ke KL, diakibatkan member gua eksiden Subuh tadi. Gua nak sarankan agak brader-brader supaya bawak trelar dengan kelajuan agak-agak la sikit, lu bawak trelar. Kalau nak bawak laju-laju jugak, tahun depan boleh apply jadi drebar F1 team 1Malaysia. Hari ni gua drive bawak bini sama anak-anak member gua beb, besar amanah tu.

Pesanan kedua ditujukan kepada semua tak kira apa warganegara sekalipun, janji lu reti baca Bahasa Malaysia. Gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. di atas terlajak kata, kaki dan tangan (khas untuk wanita-wanita diluar sana) . Main mercun pun agak-agak, jangan sampai masuk kawah dodol.

Buat acara penutup, gua selitkan unsur hiburan untuk semua yang beraya di KL, lagu raya from Butterfingers. Apa lu ingat grunge tak raya ke??


3 487 batang pen patah:

John Emmanuel Edmund berkata...

OMG.. Toto?? haha..

SJ berkata...

hapy raya!

ps you're invited to comment on my post too =)

Bajet berkata...

Bro selamat hari raya maaf zahir dan batin semoga berbahagia bersama org yg tersayang.