4 Post Mortem : Lawan Bola Arsenal sama Man U


Gua baru sampai Malaysia selepas bercuti beberapa hari di Manchester, London dan singgah Disneyland. Itu yang lambat sikit gua ulas pasal game ni. Seperti yang lu orang tahu, gua ke sana untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United (Juara 11 kali EPL) menentang Arsenal (Satu-satunya pasukan bola sepak di dunia yang buat hal tak kalah-kalah sampai 49 perlawanan dalam liga inggeris Astarghfirullah terer gila). Tapi keputusannya lu orang dah tahu juga, Arsenal kalah lagi. Gua tak kisah sangat pasal kalah. Sebab Arsenal kalah dengan Manchester United. Bagi gua, kira orait la kalah dengan Juara England berbanding kalah dengan Juara Kampung Lancashire. Cuma gua hairan juga. Kenapa beria-ia, galak tak ingat penyokong Manchester United cawangan Malaysia ni bila menang dengan Arsenal? Pasal apa? Hah jawab, jawab. Arsenal bukan pasukan champion sangat pun. Arsenal cuma pasukan yang main bola astarghfirullah cun gila saja. Kebiasaannya hampir 98.7% penyokong Arsenal akan malu kalau menang tapi main tak cun astarghfirullah. Tengok Chelsea main, sumpah gua mengantuk. Astro patut berhenti tayang Chelsea punya game. Tunjuk result je cukup.

Itu hari gua sampai Old Trafford dah lambat. Gua tumpang kereta Alex James sekali dengan Graham Coxon dan Claire Neate (bini Alex James). Kita orang gerak dari Oxfordshire, South East England ke North West. Gila babi jauh. Alex James pula bawa laju macam setan. Sampai-sampai Old Trafford, orang dah ramai gila babi dalam stadium. Boleh tahan juga buruk Stadium Old Trafford ni. Bukan taste gua. Alex James parking tempat parking paling mahal sekali. Parking sebelah kereta Morrisey. Kereta Morrisey macam gampang. Ada sticker Cantona 7. Sama perangai macam budak-budak Manchester United kat Malaysia.

Bila masuk stadium, pemain-pemain Arsenal dan Manchester United dah masuk ke padang. Kita orang kucar-kacir cari tempat duduk. Sambil-sambil cari tempat duduk tu, gua terperasan Jorji duduk sebelah Ian Brown dan Morrisey yang tengah makan burger daging sambil pandang kiri kanan. Jorji buat buat tak pandang. Celaka. Barisan atas sikit daripada diorang, gua nampak Richard Ashcroft pakai jersi Manchester lengkap dengan muka pucat.

"Woi! Lepak situ buat apa? Port Arsenal kat sini laa...!"

Terkejut gua. Gua cari-cari suara siapa yang buat hal tu. Johnny Rotten tengah berdiri sambil lambai-lambai kita orang dari tempat duduk seksyen sebelah. Celaka punya orang tua. Sampai sekarang tak berubah. Gua, Graham Coxon, Alex James dan bini terus pecut pergi port Johnny Rotten. Ramai juga lepak situ. Budak budak Sick Of It All pun ada. Ganas gila muka masing-masing. Masa gua berjalan ke seksyen sebelah, gua berselisih dengan Bernard Sumner.

"Weh Bernard..." tegur gua.

"Weh hang pun ada juga?" jawab Bernard.

"Jom laa lepak sana..." gua ajak Bernard Sumner lepak sekali dekat port Johnny Rotten.

"Keh keh keh...pungkok hang. Aku Manchester laa..."

"Cilake..." sempat gua cekik dia sekali, sebelum dia blah pergi port Ian Brown.

Sampai seksyen sebelah, ramai lagi lepak situ rupanya. Nick Hornby duduk jauh gila kat bucu-bucu tepi sambil riba komputer kecik. Agaknya tengah taip novel terbaru. Tak agak-agak nak taip time orang kucar-kacir ni.

"Woi!" Noel dengan Liam Gallagher jerit ke gua.

"Woi! Apa jadah layan bola sini? Pergi lepak stadium City lu orang laa..." balas gua. Adik beradik tu sengih-sengih sambil buka jaket tunjuk t-shirt 'Manchester United Palat'. Gua geleng kepala. Tak kisah laa deme nak tolong sokong pun. Alex James dengan Graham Coxon buat-buat tak pandang Liam dengan Noel. Dendam lama tak settle lagi agaknya.

Ronnie O' Sullivan yang duduk tepi tangga diam macam nak tunggu turn bidik bola snuker. Serius betul.

"Rilek..rilek, menang punya Ron. Jangan Risau..." tegur gua. Ronnie sengih malu-malu. Dressing pun macam baru balik lawan snuker.

Gua ambil tempat duduk. Sebelah Johnny Rotten. Orang tua tu bau macam setan. Sebelah gua Darren Fergueson tersengih-sengih.

"Woi! Pergi duduk sebelah bapak lu laa...!!" gua gertak Darren. Kutu-kutu lain semua pakat-pakat bergurau ejek Darren. Merah muka Darren. Ikut merah muka bapak dia, Alex.

Sedar tak sedar game dah start. Arsenal main cun gila. Budak-budak Sick Of It All kat belakang dah naik gila kat belakang sambil kibar bendera Manchester United gambar setan pegang penis. Gua tak tahu pula diorang ni sokong Arsenal ke, benci Manchester United.

"Woi Robin Hood. Terhegeh-hegeh...!" jerit Johnny Rotten macam gengster. Terkejut juga gua yang masa tu tengah layan Gallas dengan Vermalen yang main solid gila babi.

Kevin Costner tersengih-sengih pandang sambil berlari-lari anak cari tempat duduk kosong.

Tiba-tiba bila sampai minit ke-40,

"Golllll...!!!!" Semua jerit. Kat seksyen sebelah Jorji tengah pegang kepala.

Arshavin rembat gila babi laju. Bola macam jet pejuang dia punya pergi. Semua yang lepak port tu jadi havoc. Dido, Gillian Anderson dengan Samantha Mumba pun dah start tanggal baju. Cilake. Gua jeling sikit-sikit je laa. Bulan puasa beb...

Perlawanan rehat sekejap. Gua pergi belakang lepak dengan budak-budak Sick Of It All. Sembang-sembang pasal scene HC/Punk kat New York. Cilake...Osama Laden pun lepak sekali situ. Pakai topeng H1N1. Dia ingat orang tak cam laa tu.

Bila start second half, gua fokus betul-betul. Johnny Rotten pun serius je tengok sebelah gua. Masing-masing berdebar tak ingat. Tiba-tiba,

"Fuck...!!!" jerit Johnny Rotten.

"No doubt, it's a penalty..." menganjing Johnny Rotten buat-buat stail pengulas legend, Martin Tyler. Nick Hornby dah start baling jagung senyap-senyap kat port Manchester United sebelah lepas tu buat-buat macam tengah sibuk menaip. Yang lain semua dah berdiri macam nak merusuh. Termasuk la gua sekali.

"Hello Usain..." Johnny Rotten tiba-tiba cakap dengan telefon.

"Hah Johnny. Mende hal?" gua terdengar sikit-sikit suara Usain Bolt.

"Lu tengok tak game Arsenal ni?" tanya Johnny Rotten.

"Gampit. Mesti laa tengok. Rooney ni macam celaka. Bola yang dia tolak sebelum buat-buat jatuh kena tackle Almunia tu gua pun tak boleh kejar. Inikan lembu tu..." balas Usain Bolt.

"Yes, Usain. Itu yang gua nak dengar..." Johnny Rotten terus letak telefon 3210 dia dalam kocek jaket. Dia cakap jaket tu dia pakai sejak tahun 1976 kat gua.

5 minit kemudian,

"Fuck...!!! jerit Johnny Rotten lagi sekali. Gua pun dah start terajang kerusi.

Osama Laden berlari ke depan bawa dua biji bom. Gaya-gaya macam nak target Diaby. Panik juga gua tengok Osama Laden ni dah buang tabiat. Gua terus pecut halang Osama.

"Rilek, Osama. Baru perlawanan ketiga. Perjalanan liga masih panjang..." gua tenangkan Osama Laden.

Osama Laden mengucap panjang. Johnny Rotten sebelah gua senyum nipis.

Bila tamat saja game, semua yang lepak port tu berdiri bangun tepuk tangan sebagai penghargaan kepada pemain Arsenal yang bermain bagus tetapi nasib tidak menyebelahi.

Dari jauh, gua nampak kelibat Morrisey dan Ian Brown yang turut berdiri memberi tepukan kepada pemain-pemain Arsenal. Cuma Jorji je gua tengok bukan main eksyen main balas-balas SMS dengan Libyaman. Cilake.


Notakakimaincungila: Penyokong Arsenal, jangan kecewa sangat. Hari tu hari 'dive' dia. Nanti hari 'dive' kita lagi sekali. Keh keh keh.



Penyokong setia Arsenal sejak tahun 1970.

Hasil Penculikan Di sini : Sokernet

4 487 batang pen patah:

Norman Naim berkata...

karut~! =D

incik neng berkata...

haha naiss olahan kau achan

ak simpati la

"kami main buruk pon ,kau org tak penah potong kami dah lime taon dah"

-superFrank

firdausMohamad berkata...

uyeah!!!

haha. biasalah MU, kalau tak menang penalti, menang dive.

kalau tak menang dive, menang referee...

hehehe! :P

Achan Sinclair berkata...

Man U? Hak tui!!