2 Pantang Sebuah Kereta Vintage


Untuk memulakan perjalanan ke Penang, gua dan Nukman memerlukan sebijik kenderaan untuk bergerak. Kalau nak jalan kaki risau tapak selipar dah makin nipis ni, lagipun Aidilfitri bakal menjelma tak lama lagi.

Untuk mengatasi masalah kenderaan ini, Nukman mengambil iktihar untuk meminjam Nissan Sentra 1.5 SLX keluaran tahun 1980'an hak milik Haniff Mustafa Amin (nama baik) atau Ajak (nama samaran kongsi gelap).

"Kereta ang ni dah tua. Ada apa-apa pantang tak?" tanya Nukman Basyir untuk mengelakkan perjalanan kami tergendala akibat langgar pantang.

"Pantang?" tanya Ajak balik tanda otak dia sedikit lembam.

" Ya la, tak boleh bawak kurang 260km/j ke. Nak kena isi minyak kena campur garam sikit ka ke? Tu la pantang kereta" balas Nukman bercampur sedikit geram.

"Woo," jawap Ajak tanda paham.

"Pantang kereta aku satu ja. Pantang menyerah kalah!!" balas Ajak dengan semangat.

***************

Maka sepanjang penjalanan gua dan Nukman ke Penang, kami telah memotong segala jenis benda hidup bergerak yang ada dalam pandangan mata kami kerana kereta Ajak, pantang menyerah kalah!!!

2 487 batang pen patah:

Encik Akmal berkata...

wakaka ayat si Ajak takleh blah...

Ajakie berkata...

Ko silap...ini Skyline SE 1st model.