2 Makhluk Tuhan Yang Seksi

Gua rasa nak jek aja ulu hati pencipta Sexy Award ni. Kalau dia cipta award ni berserta hadiah bernilai jutaan ringgit sedaplah sikit hati aku. Gua telah dinominasi sebagai pemenang anugerah ini oleh beberapa blogger yang sedar tentang keindahan alam, dan ketinggian langit dan bumi.


~*~*~*~*~*~

Nyatakan 6 Fakta menarik mengenai pemberi award ini:

Mengenai Ain Suffian :

  1. Wanita yang sering lu jumpa dalam majalah Nur ataupun majalah Asuh (10 tahun lepas).
  2. Kasut Ain yang setebal 4 inci merupakan sebuah senjata rahsia untuk menghapuskan lelaki-lelaki jahat di luar sana, pegawai kastam kat airport pun tak boleh detect senjata ni. Nantikannya di pawagam berhampiran.
  3. Lu boleh tertipu dengan usia dia, sekali imbas muka dia macam belasan tahun. Usha baju macam akhir 20-an. Last sekali lu tak tau apa kategori dia ni.
  4. Gua usha ada gaya cikgu bahasa orang putih, gerun beb!!
  5. Model busana muslimah koperat, lu tak tau macam mana? Lu kena berkenalan dengan Ain la maknanya.
  6. Gua tak tau apa seronok menulis dengan logo-logo =) =P (^_^)V tapi Ain memang power bab smiley-smiley ni. Dia dah boleh tulis Kamus Bahasa Smiley - Bahasa Malaysia.

Mengenai Nyamouq

  1. Seorang yang berdedikasi dan gila babi gigih. Orang macam ni kalau jadi cikgu, geng mat rempit tak boleh cari warisan pelapis sebab dia ni bertanggungjawap sangat, walaupun hal-hal orang lain.
  2. Misai dia cacat, tak boleh tumbuh kat tengah.
  3. Dia memang seksi disesetengah 'kawasan'.
  4. Menulis kat blog pakai font dan warna macam budak perempuan sekolah menengah
  5. Salah seorang dari 5 orang peminat Kylie Minogue.
  6. Haram tak terer main gitar.


Setiap Blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

  1. Bermata biru dan berambut blonde
  2. Permata di hati wanita dan kaca di mata lelaki.
  3. Menawan hati setiap wanita yang melihatnya tak kira hot chicks, minah rempit, nenek bercucu 3 atau janda berhias.
  4. Pencinta alam sekitar dan sayangkan lapisan ozon. Sering marah-marah bila kulit kena panas.
  5. Sering disalahanggap sebagai David Archuletta kerana rupa kebaratan.
  6. Suara lunak hingga seorang nenek menyamakan vokal gua dengan Frank Sinantra.
  7. Hobi gua mengira batu tar jalan.
  8. Dah lebih 20 tahun mengenal wanita namun tak tahu erti cinta selain harta.
  9. Dibenci rakan-rakan lelaki kerana mereka sering ditinggalkan oleh teman wanita mereka selepas berkenalan dengan gua.
Gua tak rasa blogger lain sexy.

2 487 batang pen patah:

cik sentul berkata...

wah~~
panjang sungguh ulasan kamu tentang aku =P
walaubagaimanapun, tahniah !!
^___^

AlexAlabasta berkata...

Cessssss~~~~