3 Kehidupan Seorang Pelajar 4 - Edisi Shopping Raya


Memandu di pagi Ahad telah meningkatkan mood aku ke peringkat tertinggi dalam beberapa bulah ini. Bangun pagi hidupkan enjin dan pasang lagu Maroon 5-Sunday Morning dan terus lari ke Car Boot Sales di Stadium Shah Alam yang kini dimonopoli oleh kapitalis bukan diniagakan lagi oleh individu yang menjual barangan rare seperti 10 tahun lepas. Barang semua bukan-bukan, kalau nak banding dengan Nepicar Farm punya Car Boot Sales memang jauh melangit.

Kemudian aku panjangkan kaki terus ke Pasar Tani Mega untuk membeli daging dan ikan segar. Dah lama aku tinggalkan upacara membeli ikan ikan ni, sampai dah hilang daya mengenal pasti jenis ikan. Sedikit keliru dengan cencaru, selar dan kembung.

****

Dah setel hal-hal di Shah Alam, aku teruskan perjalanan ke Sunday Market di The Curve. Banyak barangan dari China dan Taiwan, aku tak minat. Kemudian rasa nak ke Sunday Market di Plaza Mont Kiara pulak. Fikir balik tol pergi balik dah cecah RM4, membazir pulak. Maka gua jalan-jalan sekitar The Curve aja, tengok minyak wangi.

****

Tengahari aku balik dan tidur. Letih!! Bayi perlu tidur secukupnya.

****

Lepas Asar, aku ke Kg Baru dan terus ke Jalan TAR. Niat nak cari kain baju melayu. Sekali terbeliak biji mata aku dengan kehadiran populasi warga KL di Jalan TAR. Aku batalkan niat membeli belah dulu dan tekan minyak ke Bazaar Ramadhan Taman Tun. Beli laici kang dan kuih RM2. Laici Kang agak memberangsangkan. Cuma kuih agak mengecewakan [1] Kuih-muih korup tak payah cakap la. Mesti bersepah. Orang nak meniaga, dia nak meniaga. Buat kuih tak ada jiwa. Diorang patut fikir buat kuih tu macam buat muzik. Ini tidak. Buat kuih macam buat kereta Proton. [Pipi]

****

Waktu berbuka dah dekat, cepat-cepat tekan minyak ke Sarpino's Pizza di Plaza Mont Kiara. Dah lama aku tak makan benda yang betul-betul namanya pizza, bukan tepung tebal yang ada topping cheese macam dekan Pizza Hut.

****

Lari ke Jalan TAR kembali, parking di SOGO dan menapak untuk cari kain. Atas bantuan oleh penasihat aku ambil keputusan untuk berbaju melayu warna hijau terang tahun ni. Baru aku perasan sebenarnya taste aku dalam baju melayu ni berat ke warna peach, pink dan merah. Semeter RM13.41, ok lah tu. Sebenarnya aku jatuh cinta dekat kain yang semeter RM32, tapi harga kain mahal macam neraka.

Dah setel hal kain, aku ke Jalan Masjid India untuk cari songkok tinggi. Tapi hampa rasanya bila tahu saiz paling besar 23 aja, aku perlu saiz lebih dari 23 untuk bernafas. Kemudian misi bertukar untuk mencari baju melayu untuk adik Penasihat. Misi ni pun gagal, baju merah cokelat dah tak ada saiz M. Saiz M dewasa untuk budak tingkatan 3!! Not bad.

****

Balik ke Kg Baru. Tekan minyak dan terus ke Kota Damansara sambil mulut berasap perisa Mild 7.

****

notaKaki : Panjang hari ni aku berpuasa, selalu bangun-bangun aja dah tengahari.

3 487 batang pen patah:

meen berkata...

aku g SOGO tym cuti merdeka lepas sesak gle.
manusia bergelimpangan sana-sini.
siap ko leh buat crowd surfing kot.
huhu.

hepi berpose acan.
from ur no.1 fan @ Fb...

neo berkata...

Sarpino!

Lama dah x menelan pizza camtu.

kEyrOL~ berkata...

rindu plaza mont kiara~
ahahahah~

acan da remove link aq ke? *sob3* LOL