2 Bermuafakat Membawa Berkat

*Yang berdiri semua budak engineering, yang duduk budak bisnes..haram!!

Bersempena dengan pembukaan empayar perniagaan import eksport, gua serta budak rumah gua menjalar ke mapley meraikan kejayaan terbesar gua untuk tahun 2009 ni. Nak pergi sambut dekat Amsterdam jauh sangat, maka gua pilih Retoran Ameeth sebagai lokasi party kami. Kadang-kadang gua pun naik hairan kenapa budak-budak rumah gua ni tak kena rantai lagi, dah Ramadhan ke berapa ni?

Selepas kecewa dengan kualiti Ayam Madu yang dihidangkan di Restoran Ameeth, gua mengambil inesiatif untuk makan Cheese Nan cicah susu pekat. Perrgh..dia punya tangkap macam gua nak datang lagi lunch kat Ameeth. Cheese Nan lawan sama susu pekat ni adalah menu mewah gua bila dapat gaji ketika gua bekerja kat Parkson Rawang 3 tahun lepas sebagai Promoter merangkap Tukang Sapu, Jaga Stor, Penyambut Tetamu, Tukang Wrapper Hadiah dan Akauntan. Gaji RM400 jugak, haram kedekut punya Parkson.

Selepas pung, pang, pung, pang hisap rokok. Gua angkat kaki dari Ameeth. Duduk lama-lama pun bukan boleh dapat diskaun sempena Aidilfitri.

Bermodalkan kereta Nisan berusia 20 tahun milik Ajak, gua beransur pulang. Nak harap naik motor pagi-pagi buta memang tak dapat. Beruang panda pun boleh mengigil kalau naik motor pukul 3-4 pagi.

Dalam perjalanan pulang, gua ada nampak sebijik Honda Civic model tahun 70'an berhenti di gigi jalan sambil menyalakan lampu kecemasan.

Dalam hati gua dah bisik-bisik nada mengumpat, "Dah la kereta lama, rosak pulak tu. Malang betul nasib owner dia."

Gua usha jugak owner kereta Honda Civic tu, mana tau Hanis Zalikha. Memang nyiru tapak tangan gua hulurkan.

"Woi!!" gua jerit kuat-kuat.

Rupa-rupanya Bonet dan Pojan punya kereta. Bonet adalah sekutu kuat dalam perniagaan import eksport gua, dia kira Manager bahagian Distributer.

Nak tekan minyak kuat-kuat pun tak boleh, lampu isyarat kaler merah kat depan. Tak sempat ni nak lari. Maka gua dan rakan-rakan berhentikan kereta untuk membantu Pojan.

Tayar pancit je pun. Sia-sia Abah gua bukak bengkel kat Kg Baru dulu kalau gua tak boleh setelkan hal remeh begini.

Gua bakar rokok dulu untuk mendapatkan mood. Dan mulakan kerja, pow,pow,pow kereta dah setel.

Tapi gua memang boleh naik marah, budak rumah gua sekor-sekor budak kejuruteraan. Buat projek gempak-gempak. Masa tayar pancit peluk tubuh sambil bagi arahan aja. Dah tu arahan pun salah. Memang patut ada model Proton Juara.

Selepas gua setel membaiki kereta di tepian jalan, gua menerima sepaket Dunhill 14 sebagai upah dari Pojan yang juga merupakan Saudagar Rokok. Gua dah bilang gua ikhlas, tapi di sebabkan budak rumah gua dah acu pisau dekat tengkuk gua. Maka gua ambik jugak rokok tu.

Pagi ni gua sahur rokok free..ahahaha

2 487 batang pen patah:

fizfai berkata...

Nice story di kala sahur ~

cik nur berkata...

hanis zalikha tuh~

latest post die setakat arini mencatat sejarah komen tersikit...