1 Autopsi : Majlis Iftar Ahli Kongsi Gelap Jajahan Mont Kiara

Ketika gua tengah excited buat aksi Titanic dalam feri dekat Penang, gua terima mesej dari Zarith dengan khabar ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama bekas rakan-rakan perniagaan gua semasa gua terlibat dalam kongsi gelap. Ada yang bukak kasino, rumah urut, cyber cafe dan yang paling cikai, bukak pusat karoeke terbuka dekat daerah Perak Tengah.

Gua reply "OK" tanda setuju, kongsi gelap tak reply panjang-panjang sebab tak cool. Dan gua sambung balik buat aksi Titanic dekat dalam feri.

***** Hari yang sepatutnya

Gua melihat ada beberapa kelibat otai-otai kongsi gelap yang menyertai Majlis Iftar Ahli Kongsi Gelap Cawangan Bukit Kiara. Diantaranya Fizah, Arif, Zarith, Ain Suffian, Wanie, Keyrol dan Mafia yang diterbangkan khas dari Cuba, Sonio Gontarez Forseca. Tak puasa pun gatal-gatal nak bukak puasa.

Ahli sidang bersepakat hendak berbuka di Koh Samui Restaurant yang terletak berhampiran dengan Kinta City. Selepas berbuka, kami ada try nak beriadah sambil main sukan seperti memburu rusa atau main tembak-tembak. Namun diakibatkan pihak Majlis Bandaraya Ipoh tak ada fasiliti tersebut, kami mengambil keputusan untuk bermain boling.

Ikutilah laporan bergambar gua.


*Bikin countdown waktu azan maghrib. Persidangan ahli kongsi gelap kena pakai meja bulat, kalau pakai meja 4 segi tak nampak ganas.

*Makanan yang bakal mencipta pertelangahan di antara Ahli Sidang.


*Dua-dua nama Khairul, budak-budak kuat belajar..ish..ish



*Salemah bersama Zarith, buat-buat muka baik. Masa makan bunyi macam pertandingan pedang.

*Boy over flower (tipu)


*Wakil Mafia Cuba, Mr Sonio. Gaya nak Jay-Z, rapping bunyi macam coral speaking.


*Ini permusuhan sejati, Zarith memegang secawan air yang telah gua campurkan bersama tuba. Dan aksi Boy Over Flower (original) bersama bunga orked yang tersisir rapi.


*Mula-mula gua tak nak ambil gambar dengan Keyrol, tapi bila dia hentak-hentak kaki dekat boling tu. Gua dah rasa segan, gua ikutkan saja dia nak bergambar dengan lambang keamanan.


*Ahli Kongsi Gelap selepas Majlis Iftar.


*Gaya masing-masing macam pro. Bila time main boling, semua macam main bola baling.


*Gaya sebelum Ain buat strike dekat lane sebelah..orang sebelah dah start timbang boling pakai lutut tanda protes.


*Senjata rahsia Ain Suffian, kasut dengan heel 4 inch. Kalau pijak dada lu, memang sah-sah beraya dekat ICU tahun ni.

*Posing macam gambar Putera UMNO, cuma kami bukan Mat Rempit aja.


*Detik-detik terakhir sebelum tercetusnya pertumpahan darah.

1 487 batang pen patah:

kEyrOL~ berkata...

aha. kunun superstar ah aq hentak2 kaki nk amik gamba sama? :P