3 Autopsi #8 : Raya Satu 2009

Bapak gua kata lagak gua macam orang UMNO

*Kenyataan bapak gua diperkukuhkan dengan lagak gaya gua kereta bapak gua.


Ini hari raya pertama, gua duduk rumah layan tetamu. Rumah Opah gua ni tak ada kaum hawa, Opah gua pun kena strok. Maka dengan rasminya gua telah dilantik sebagai pencuci pinggan, pembancuh air juga merangkap pembukak lemang. Maka dengan rasminya hari ni gua tak keluar beraya, gua keluar rumah semata-mata beli ais aja. Gila mithali. Selamat malam ni Mak Cik gua dah balik, maka dengan rasminya gua letak jawatan kesemua position di atas.

Hari ini aja gua dah bersedekah sebanyak RM10 kepada Ananda Krishnan semata-mata mesej raya. Memikirkan setahun sekali, gua buat tak paham aja. Tadi ADUN datang terjah rumah Opah gua, yang pasti anak dara dia memang cun. Doakan kebahagiaan gua. Amin..hehe

Glamour Raya yang dihoskan oleh Aznil, what the hell is going on in Astro? Are you trying to ruin my Syawal?



*Ni sapa ajar ko berfesyen ni? Memang gua tepuk dahi!!

notaKaki : Dengar kata rakan serumah gua, Si Psikopat Pero atau nama sebenarnya Lim Chin Peng baru balik JB petang raya pertama. Masa nak keluar UTP tadi, pak gad UTP pun dah angkat tabik hormat kepada Pero, Selamat Hari Raya Pero!!

3 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

Eid mubarak bro!

SJ berkata...

hapy raya.

From me to you, suejean =)

Achan Sinclair berkata...

bro ben : eid mubarak too..beraya di perantauan ingat kami di tanahair.. =)

SJ : thanks.. (^_^)V <-- erks