2 Vintage : Dedikasi Sempena Hari Persahabatan

*Ini zaman gua form 2 rasanya, dressing sekor-sekor macam gampang. Mat Indon sekarang pun gelak kalau usha gambar ni.


Hari ini adalah Hari Persahabatan atau orang putih gelarkan Friendship Day. Dalam sejarah kehidupan gua memang tak pernah langsung gua terdetik nak menyambut Hari Persahabatan ni bersama rakan-rakan. Nanti nampak sangat gua banyak membaca novel percintaan tulisan Sharifah Abu Salem, hasil terbitan Alaf 21. Tak ganas macam Ip Man langsung.

Tapi apa yang gua pasti, dekat asrama gua dulu setiap kali kedatangan Hari Persahabatan ni pastinya budak-budak perempuan tengah lincah buat dedication. Dedication ni budak-budak kena isi borang la, kemudian order cekelat ke, gula-gula kapas ke tabung uji berisi rumput ke (???) dan turut disertakan dengan kertas ucapan tulisan tangan budak perempuan, kalau tulisan tangan budak lelaki memang sial la potong mood, nak makan gula-gula kapas pun tak lalu. Setiap tempahan mengambil kos dalam seringgit dua aja, dan anda boleh dedikasi kepada sahabat (WTF?), kekasih, skandal, adik angkat, abang angkat, akak angkat dan sesiapa sahaja.

Selalunya mesej-mesej bertukar ejaan bila budak perempuang yang tulis. Contohnya :

1) Friend Forever akan menjadi Fren 4 Eva
2) Happy Friendship Day akan bertukar kepada Epy Fwenship Day.

Dan pelbagai lagi.

Bila gua dah meningkat senior, kami sesama pelajar laki ada competition. Siapa yang paling banyak dapat dedication kira dia senior hot la. Nak harap kaum hawa hantar dedication? Hak tuih!! Muka sorang-sorang tak ada gaya model majalah Maskulin, kecuali seorang tu. Alaa..yang mata biru, hidung mancung, pipi pauh dilayang tu. Maka memang budak-budak laki lain gigit jari lah nak menerima dedication dari 'kaum asrama seberang'. Tapi ingat competition masih berjalan.

Nak bagi dedication kat diri sendiri nampak macam terdesak sangat, tapi gua rasa tak mustahil ada yang main kotor macam tu. Selepas pelbagai strategi diambil kira dan risiko telah ditolak bahagi, majoriti dari kaminya berbuat begini. Peras ugut junior tingkatan bawah untuk hantar dedication kepada kami.

Beberapa Minggu Kemudian

"Woih, korang dapat berapa dedication?" Jijol bertempik. "Adalah sikit," si Nazim mencelah. "Penuh juga la loker aku dengan gula-gula kapas," ujar lelaki berkaca mata beraut wajah Eropah itu secara merendah diri. Buchen tunduk diam tanda menyerah kalah.

Adik-adik junior menjeling-jeling tanda protes.

Beberapa bulan kemudian

"Adik-adik, kami budak Form 5 mintak halal makan minum sempena kami nak ambil SPM ni," masing-masing berlakon macam watak Ustaz Aidil dalam drama Nur Kasih

notaKaki : Budak-budak perempuan memang pandai mengambil kesempatan dalam perniagaan, gua rasa lu orang boleh pergi jauh dalam bidang MLM..hahaha

2 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Masa ni badan masing-masing nampak solid lagi hasil senaman mingguan.

oniechan berkata...

haha..mcm2 bentuk kekereatifan dedication tu kan..kdg2 ade gk bg lyrics lagu..tah nak wat ape?!tp cm seronok je dlu..