0 Rancangan Berbuka Puasa ke - 5 (RBP 5)

"Ajak, petang ni kita nak berbuka kat mana?" gua cuba membangkitkan persoalan di antara kami.

Gua usha Ketex dah diam, tandanya dah nyenyak dibuai mimpi. Tak dak pulak meracau mimpi kena kacau dengan Hantu Tindih.

"Masjid Tronoh okay jugak. Boleh lepak dengan pakcik-pakcik, mana tau ada rezeki terserempak dengan pak cik yang selalu main lucky ball dekat Pusat Snuker First Champion tu," jawapan lengkap dari Ajak tentang perancangan kami.

"Ok jugak tu. Makan runcit-runcit sudah," balas gua ringkas dan padat. Walhal gua tau Ajak nak berbuka puasa di Tronoh kerana takut ada protes kedatangan beliau jika beliau berhajat berbuka puasa di Masjid UTP. Tapi gua diamkan saja mengenangkan nak jaga jati kawan.

Sememangnya hal-hal nak berbuka ni kena berunding dengan Ajak, selaku tuan punya kereta rasmi rumah bujang gua. Ayat kena manis dengan budak ni, lagi manis dari gua nak ayat awek Stesen Minyak Petronas tepi UTP ni. Kalau terguris hati Ajak maknanya kami serumah terpaksa berbuka dalam kawasan UTP la, tak membangun minda.

"Lu orang baru puasa 10 minit dah start bincang pasal nak berbuka," celah Pero tanpa salam, entah belajar dekat sekolah agama mana budak ni.

"10 minit?" tanya gua secara serius sambil buat muka.

Gua usha jam dinding, tepat jam 0605 jam askar. Baru tadi rupanya azan subuh.

Tak apa, gua ingat pesanan ahli motivasi mana entah.

"Gagal untu merancang bermakna merancang untuk gagal."

0 487 batang pen patah: