0 Pusat Snuker, Brader Tocang dan ...

Malam semalam, gua dan rakan serumah mengimarahkan lagi Pusat Snuker First Champion. Pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ni memang tak janggal bila melihat ramai brader main snuker pakai kain pelikat. Mungkin mereka cakap dekat bini nak ke masjid, balik lewat sebab nak buat 20 rakaat. Tapi bila 8 rakaat (pun dah kira banyak) ada yang cabut lari dan sambung terawih dekat pusat snuker.

Tak lari juga pakcik-pakcik berambut putih yang menanti kepulangan cucu di Hari Raya sedang sibuk main lucky ball. Tak silap gua, sapa menang lucky ball ni dapat RM4, dia ni kira satu keturunan dengan Sport Toto la, keturunan judi. Jadi masing-masing sibuk kutip duit seringgit nak buat duit raya bagi cucu. Cucu bukak ang pau nanti dapat seorang RM1, tu duit lucky ball lah tu. Dah besar nanti kalau cucu jadi mat rempit lu nak salahkan sapa?

Gua main snuker bukan setakat main aja, tapi gua pasang telinga jugak dengar-dengar topik perbualan brader meja sebelah diiringi suara Mok nyanyi lagu Korea, kadang-kadang ada bunyi macam bahasa orang angkasa pun ada. Ahli meja lain bersembang ada juga yang berbunyi, "Tadi aku jumpa doktor dengan awek aku. Aku dah termengandungkan dia 7 bulan. Doktor tanya kami dah kahwin ke belum?"., tepuk dahi member dia dengar cerita brader tu. Gua syak akhir bulan Syawal nanti brader tu bakal bergelar seorang bapa la. Selamat Hari Bapa in advanced.

Kemudian gua dan rakan-rakan melangkah ke Restoran Farouk & Sithcik yang terletak 3 km dari pusat snuker tersebut.

Apa tebal sangat tapak kaki kami nak melangkah 3 km?

Setat motor, pulas minyak..dan order. Maka lengkaplah pakej sukan dan ridah gua sambil diiringi dengan sahur.

0 487 batang pen patah: