4 Prinsip Hidup Memang Pelik-pelik

Awal Alaf Baru..

Di sekitar kawasan Sogo dan Campbell kelihatan beberapa budak punk dan entah sapa-sapa lagi sedang menggeledah barang-barang di jalanan. Motifnya satu, mencari sisa rokok asal boleh keluar asap saja. Kalau jumpa rokok yang ada baki seinci tu dah boleh tadah tangan tanda syukur di atas rezeki pemberianNya.

Sedang sibuk menggeladah secara berjemaah, tiba-tiba kumpulan punk itu disapa oleh seorang pak cik. Sayu mata pak cik tu melihat kumpulan anak muda yang terdiri dari belasan tahun hingga ke akhir 20-an itu sedang menggeledah sampah.

"Pak cik ni kaya tak adalah. Tapi nah ambil RM20 ni buat makan. Kesian pak cik tengok korang ni," spontan pak cik tu berdrama.

Ahli kumpulan tersebut terkesima sambil memandang satu sama lain.

****

Kepada Pak Cik tersebut, ini bukan hal tak cukup makan atau ingin membantu DBKL. Ini hal prinsip budak punk zaman tu. Gua pun tak paham macam mana budak-budak ni boleh hidup, siap masuk universiti ada yang ke luar negara lagi. Memang berkat cari makanan sendiri pakai kederat empat kerat.

Semoga Allah murahkan rezeki pak cik...Amin.

4 487 batang pen patah:

Sarsir berkata...

lu crite mcm lu jek yg duk geledah sampah sarap 2..

AlexAlabasta berkata...

terkesima...

Ape nak jadik generasi Malaysia sekarang, orang pikir nak maju diorang pikir nak carik puntung rokok~

Abang Ben berkata...

amik gambar le... aku nak tengok juga kot kenal ke... sedara ke...

Achan Sinclair berkata...

sarsir - gua belajar di universiti tempatan..tu yang kena h1n1.

nyMq - selamat bercuti..tau la skang dah join event kerajaan...2-3 bulan lagi join pemuda umno la tu..eh silap..wanita..hehe

abg ben - tak ada gambar..zaman ni kamera kodak rasanya..tak cool kot jln2 bwk kamera