4 Petang Ku Di Pak Li Kopitiam

Ogos 2052

Gua buhsan duduk rumah sendirian tunggu anak sama cucu gua balik. Sekarang gua pesara kerajaan, jawatan terakhir gua sandang adalah Perdana Menteri ke 12. Lepas cerita skandal gua dengan penyanyi nombor 1 Malaysia tersebar, gua letak jawatan. Dah memang gua dari muda permata di hati wanita, macam mana gua nak elak.

Bini gua dah arwah dah, anak-anak suruh gua kahwin baru. Tapi mengenangkan sumpah setia gua dekat bini gua, bahawa dia lah satu-satunya bini hidup mati gua maka gua kenselkan hajat nak kahwin dengan penyanyi muda yang menjuarai Akademi Fantansia Musim ke-49 tu. Menyesal juga mengenangkan janji gua dulu.

*****



*Gambar gua sekitar tahun 2009. Tak jauh beza.



Gua nak ajak member-member satu sekolah gua keluar. Gua hantarlah mesej hologram macam Puteri Leia hantar mesej dekat Obi Wan Kenobi dalam cerita Star Wars yang ditayangkan 80 tahun lepas. Gua send dekat Tanggang, Talha, Dodol sama Bajet. Gua nak contact Buchen, tapi gua baru teringat dia tengah mengaji agama dekat Mekah. Penyakit kencing manis dia pun dah teruk, kaki sebelah dah paras lutut je. Tak kan gua nak ajak dia lepak kat Pak Li Kopitiam lagi.

Selepas gua solat Zohor, gua sarung serban terbaru keluaran Converst. Tanpa buang masa, gua telepot diri gua ke Pak Li Kopitiam. Memang zaman sekarang ni kenderaan awam susah nak cari makan sejak ada telepot ni. Budak-budak pun makin kuat pergi kedai beli cekelat. Teknologi..ada kebaikan dan keburukan.

Elok gua sampai kat Pak Li aja, gua nampak Talha tengah lepak ayat awek. Tak ubah-ubah perangai dia, bini dah 3 pun ada hati lagi nak tambah. Tu pun jadi 3 sebab bini tua dia dah pulang ke Rahmatullah dulu.

"Woih Talha, meh lepak sini. Tak da faedahnya mengorat awek di usia begini," gua ingatkan Talha sebelum dia parah.

"Aku menunggu kau la lama sangat. Aku kelip mata dekat awek tu, lepas tu dia respon. Tu aku lepak dengan dia. Baru habis SPM tu..," jelas Talha tentang tindak-tanduknya yang kurang manis itu.

Gua bukan apa, taku sakit jantung Talha ni datang balik. Orang tua umur 75 tahun ni kadang-kadang fregile, silap teruja boleh membawa ke kubur. Memang malu dekat orang kampung kalau cerita dia arwah time tengah ayat awek.

Tiba-tiba kami dikejutkan dengan deruan motor besar. Si Tanggang, dia bawak dalam 367 km/j lepas tu tekan brek depan secara mengejut. Terpusing motor dia 2x.

"Ish..ish..ish..perangai kalahkan orang muda," Talha bising.

Kemudian Tanggang turun dari motor, jalan ke arah kami. Perlahan aja langkahnya. Teruk bernar gayanya. Ni semua pasal kencing manislah, lepas tu kena bengkak prostat sama katarak mata. Kesian Tanggang, mungkin balasan Tuhan atas perbuatannya di masa muda.

"Assalamualaikum..lama sampai?" pembuka bicara oleh Tanggang sambil menyuakan tangan untuk bersalaman.

"Macam mana prostat kau? Dah baik? Kencing pakai salur beg plastik lagi ke?" gua buat-buat caring tanya sambil hirup kopi.

"Ok la sikit," Tanggang melabuhkan punggung.

"Si Bajet mana?" gua baru sedar Bajet tak sampai lagi.

"Woo..tadi dia HMS (Hologram Messaging System) aku. Dia kata Syamimi tak bagi keluar," Talha cuba menjelaskan keadaan.

Kesian gua usha si Zali Bajet. Dari muda sampai tua kena control dengan bini dia si Syamimi tu. Nak keluar mapley tak boleh, tengok match Arsenal dekat Emirates tak boleh. Tak sangka liat nyawa Syamimi tu. Mentang-mentanglah Syamimi tu tokeh Pusat Perubatan Laut yang tersohor tu, queen control dia.

"Aku dengar Suzy hari kelmarin dapat cucu. Cucu ke-14, perempuan," Si Tanggang dah mula bukak story gosip-gosip terbaru.

Suzy, dulu gua selalu la lepak dengan dia. Tapi lu paham la tradisi Melayu, sejak gua kecil gua usha kat kedai kopi aja datuk orang, mana ada nenek-nenek lepak kedai kopi. Kalau Suzy lepak sekali dengan kami nanti tak manislah dipandang orang. Apa kata kawan-kawan cucu dia nanti.
Hampir sejam kami bersembang tentang cerita-cerita lama. Kisah gua main perkusi untuk konsert terakhir Hujan sebelum vokalisnya meninggal dunia. Kisah Tanggang diangkat menjadi Pengurus Liverfool dan pengalaman Talha ketika menjadi Pengetua Sekolah Agama. Rotan budak tak tentu arah.

Tak lama kemudian Dodol datang sambil diiringi 'Mataharinya' yang kian kusam dan pudar. Tapi semangat romantis mereka tetap kekal sambil berjalan berpeganggan tangan. Dodol muda-muda tak macam ni, awek sana sini. Setiap daerah ada saja awek dia. Bukan baru gua kenal Dodol, dah 50 tahun. Dulu kami rompak mini bar sama-sama, kutip rokok dekat jalanan sama-sama. Tak sangka dah tua berkopiah si Dodol ni.

"Duduk la Dol..Tak kan berdua aja?" tanya gua sambil membakar rokok bervitamin.

"Tak, cucu aku ada tuh," balas Dodol sambil menunjuk ke arah budak yang memakai baju t-shirt kumpulan nasyid indie negara, Meet Haji Husin. Memang sekarang scene muzik dah berubah. Tak ada gig-gig macam gua muda dulu, terhenjut sana sini.

Bersyukur benar gua dapat bersantai bersama-sama kawan lama.

Cuma kadang-kadang teringatkan Buchen, bekas Raja Cubprix Yamaha 100 Sport tu.

Semoga gua dan rakan-rakan berkekalan berkawan sampai ke hujung usia.

4 487 batang pen patah:

Bajet berkata...

Acan kalo ada gambar upload la. Aku nak tgk muka bdk2 ni.

Leia berkata...

Epic! lawak.. hahaha LOL

penkek coklat berkata...

imaginasi ko hebat betul~~

oniechan berkata...

syamimi!acan kutuk ko!!!