0 Pergi Tak Kembali.. Ustaz Asri Ibrahim


Tengahari tadi gua dikejutkan dengan satu berita, pemergian Ustaz Asri Ibrahim (vokalis Rabbani). Arwah kembali ke Rahmatullah pada jam 11 pagi tadi akibat serangan jantung ketika mengendalikan rancangan Syahadah terbitan RTM. Jenazah dikejarkan ke Pantai Medical Centre dan disahkan meninggal dunia di sana.

Baru kelmarin gua baca blog arwah, update tentang Konsert Alam Dunia yang dijayakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada hujung minggu lepas yang juga merupakan persembahan terakhir arwah. Memang ajal yang mendatang tanpa diduga.

Gua pernah menyaksikan secara langsung kelunakan suara arwah pada awal tahun 90-an dan beberapa tahun sudah di UTP. Sememangnya suara arwah tiada duanya.

Arwah dikenali sejak zaman Al-Arqam dengan kumpulan Nada Murni lagi dan arwah meneruskan perjuangan seninya bersama Rabbani. Sememangnya sebagai pengikut industri nasyid, pastinya industri kehilangan seorang bakat yang dipinjamkan untuk kita selama ini. Dan tak dinafikan bahawa kumpulan Zaufan banyak terpengaruh dengan ikutan musik Rabbani. Rabbani telah membuka lembaran baru dalam industri nasyid ketika album Intifada' dan telah memenangi banyak anugerah antaranya Anugerah Penyanyi Nasyid Terbaik AIM untuk beberapa tahun. Dan kecemerlangan Rabbani secara langsungnya banyak disumbangkan oleh arwah Ustaz Asri.

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang soleh..Al-Fatihah

0 487 batang pen patah: