3 Maskot Rumah Bujang Gua



Ini gua nak story tentang binatang peliharaan ahli rumah gua. Walaupun perangai sekor-sekor macam binatang, tapi ada hati lagi nak ternak binatang peliharaan. Semenjak dua menjak ni ada seekor kucing yang selalu datang rumah gua. Pada asalnya kami buat tak paham aja kehadiran kucing ni. Selagi rokok kami tak hilang, maka tak perlulah nak kisah sangat. Tapi dah hampir 3 hari ni kehadiran Si Tompok tersebut mendatangkan isu kepada ahli rumah ibadah gua ni.

Manakan tidak, kucing ni ada otak yang boleh tahan tinggi IQ. Kalau ambil SPM memang sah-sah semua subjek kredit kot. Sekarang ni dia dah pandai landing dekat atas katil, letak kepala atas bantal!! Selalunya kucing tidur pesyen lipat kaki, tapi menatang sekor ni tidur mengiring. Lepas tu mengiring mengadap dinding pulak tu sebab silau lampu. Hampir tiap-tiap malam berebut katil dengan Ketek, selamat tak main tarik-tarik selimut.

Dah la hidup melukut di tilam orang, semalam Si Tompok ni tidur tak nak lama pulak. Start tidur pukul 10 pagi, pas tu bangun pukul 5 petang. Dah macam perangai Pero, bangun petang-petang mengalahkan orang berpuasa. Kucing ni dah terikut-ikut perangai budak rumah gua. Jangan sampai esok lusa gua nampak kucing tu tengah hisap rokok cap Helang lepas tu join budak rumah gua jolok bola dekat Pusat Snuker Kenny sudah.

3 487 batang pen patah:

HambaAllah Yang Memakmurkan berkata...

ko pnye blog ni takde shoutbox ker?? aku nak jerit pn susah.

dah berubah wajah eh blog ko..tapi orked still ungu..ko kne photoshop utk jadikannya kelabu kot.

Achan Sinclair berkata...

ahahaha..dulu ada kotak menjerit..nanti aku usahakan...warna orked ni mmg dah jd masalah lama dah..tu pn nnt aku ejas2 kaler dia

oniechan berkata...

kucen ni jntan ke tina weh?isk..klu dpt baby comeyl,bg kt aku ahh..biar lentur buluh dr rebungnye~