0 Hidup Gua Sebagai Lelaki Bujang Yang Tampan


*Bukit Ampang, kawasan mat rempit ambil angin malam

Akal 5 minit gua menyala lagi tanda ada idea. Celaka!! Gua nak layan Buliten Utama, ntah apa-apa berita gua terlepas ketika gua dalam tahanan Hospital Ipoh. Dr Mahathir buat album ka, Jaafar Onn masuk WWE ka? Gua tamau kelepasan berita-berita sensasi. Tapi akal gua lagi kuat, En. Nafsu support dia.

"Tak boleh jadi ni. Nampak gayanya terpaksa jugak," gua cakap sembunyi-sembunyi dalam hati, takut mak gua dengar projek gua yang ni. Ye la, baru keluar dari hospital dah ada projek. Kalau projek boleh bikin keuntungan juta-juta tak apalah, ni makin lama baki akaun makin kurang digit. Mak gua dah ugut suruh balik sebelum masuk hari lain, gua angkat ibu jari tanda setuju.

Bila naik kereta, gua senyum sampai telinga bila usha meter tank minyak dekat level F. Abah gua dah isi penuh minyak gua rupanya, tahun depan gua isi borang percalonan Tokoh Bapa Mithali untuk abah gua. Tanpa ragu-ragu gua golekkan tayar ke Wangsa Maju untuk kutip Silu. Projek kali ni adalah projek tertunda sejak 3 minggu lepas, kali ni kena ganti balik.

Projeknya adalah "Om Burger Part II". Jangan tanya sedap macam mana. Lu kena try sendiri The Best Street Burger in KL ni. Selepas 'beg galas' masing-masing dipenuhi dengan burger special, kami berangkat ke Bukit Ampang untuk menikmati keindahan permandangan KL. Kalau lu bawak awek memang jalan nak ke Bukit Ampang tu boleh mendatangkan syak awek lu lah. Sunyi, tapi gua rasa dalam-dalam semak tu kalau selongkar mau ada 4-5 pasangan juga. Tak adalah sunyi mana.

Permandangan dari sini memang cantik, tapi sebab gua datang dengan Silu maka pandangan kabur sikit, kalau dengan awek lain cerita. Mat rempit ramai, pasangan laki perempuan pun boleh tahan, cuma gua aja pasangan laki dengan laki. Bunyi macam nak kena tendang aja. Selepas menyesali perbuatan kami, maka pulanglah kami ke rumah masing-masing.

Harap-harap Kementerian Kesihatan tak bacalah blog gua.

0 487 batang pen patah: