6 Air Kasi Cucuk Straw

Masa : Ketika suatu zaman yang gua tak perlu risau nak cukur janggut setiap 2 hari.
Tempat Kejadian : Bazar Ramadhan Simpang 4, Klang
Genre : Aksi, Thriller dan Drama Kekeluargaan
Masa : Area pukul 1600, jam askar
Pelakon : Akak Jual Air, Achan Sinclair & X (nama tipu)

****************************

X : Akak, kasi air cincau satu.

Gua : Tambah lagi satu bandung la.

Maka akak air pun isi air dalam cawan plastik.

Gua : Cukup tak duit ni nak beli ayam percik sama kuih tepung pelita?

X : Arrghh..cukup punya. Jangan risau lebih la. Rokok Cap Gudang Garam pun aku tak cicir.

Kemudian mata kami fokus kepada akak yang masih terkial-kial isi air. Tak pro langsung macam akak jaga kaunter kerajaan.

X : Akak straw kasi cucuk terus la, senang karang..

Gua jeling mata X sedalam-dalamnya memberi mesej telepati bahawa jam baru pukul 4, kang musnah perancangan kita.

Lepas bayar RM2, kami langkah besar-besar beredar dari gerai air tersebut. Hari-hari berikutnya kami terus tak beli air kat situ sebab reputasi dah tercalar.

6 487 batang pen patah:

Tanpa Nama berkata...

haha..sempoi dowh..
td pon ade mmber kantoi,
chewggum ter slide dari buku..

firdausMohamad berkata...

dem!

kantoi!

hehe...

Achan Sinclair berkata...

Ok la tu...kalau kantoi terlekat cili kat gigi time pukul 3 ptg..lu nk cipta alasan apa

Achan Sinclair berkata...

Tu baru kantoi runcit-runcit..cuba kalau kantoi ada cili lekat dekat gigi pada jam 3 ptg. Sila reka alasan anda. Tak lebih 3 patah perkataan

neo berkata...

Ni kisah ko kat negeri sumandak?

Negeri sumandak xde hal r. buka kul 5 kot.. (ke 6 ntah)





(bersangka baik ngn ko)

neo berkata...

Ok, ak baca kali ke 7 baru prasan ko ada kasi tau tempat kejadian.