1 Vintage : Mendidik Semangat Kesukanan Di Kalangan Kanak-Kanak

"Kau letaklah guli dalam bulatan tuh," Mohd Syazni bin Amir Syarifudin menjerit kepada Faiz. Syazni memang member kacip gua semasa menuntut di sekolah rendah agama dulu. Budak-budak sekolah memang suka memperbahankan En Amir Syarifudin merangkap bapak Syazni sebab wajahnya iras penyanyi Poe, penyanyi lagu Alalala Tuk Jangan Saman yang femes ketika gua sekolah rendah dulu.

Gua, Syazni, Hishamuddin, Faiz dan Adib memang geng, terikut-ikut sangat cerita Power Rangers satu geng kena 5 orang. Pengaruh televisyen kuat time tu. Hobi kami bermain permainan rakyat seperti guli, gasing dan tin-ting. Mana ada PSP zaman tu, sapa ada brick game pun kira dah anak lot habis. Time tu feme pun WWF, asal balik sekolah je baju koyak, seluar rabak. Mak gua syak gua berperang kat sekolah ketika tu.

"Semua dah letak kan?" Faiz pula buat-buat penting. Waktu rehat nak habis dah ni, permainan perlu dijalankan dengan pantas. Karang lepas bunyi loceng kalau lambat masuk kelas ustazah rotan pakai pembari 1 meter, mana tahan? Kadang-kadang terniat juga nak call Teledera.

Sekor-sekor baling guli, tapi seperti biasa permainan begini memerlukan bakat, sasaran entah ke laut mana. Kini sampai gua punya giliran, tak da la panjang mana giliran macam klinik kerajaan.

Tupp...target gua mengena!! Gua angkat semua guli dalam bulatan taruk dalam poket gua.

Krinnggggg!!

"Yess..kemenangan mutlak!!" gua bermonolog dalaman.

Setiap hari begitulah rutin kehidupan gua sebagai pelajar SRA Sek 19 Shah Alam. Pergi sekolah berbekalkan 7-8 biji guli. Balik penuh sepoket. Memang ketika sekolah rendah, itu sajalah semangat kesukanan gua. Nak harapkan lari pecut 100m? Menang pun jug air, itu pun mama gua yang dapat keuntungan.

Memandangkan populasi guli di rumah gua dah semakin padat, jika tak diambil tindakan boleh membawa mudarat. Mak gua mengambil keputusan dengan..

membeli congkak.

******

Selesai sudah masalah kepadatan populasi guli di rumah gua.

notaKaki : Gua dah lost contact sama geng power rangers gua, mungkin boss power rangers hantar dorg bertugas di kawasan lain. Al-Fatihah kepada Arwah Adib.

1 487 batang pen patah:

iLLy berkata...

congkak. lagi satu permainan rakyat kegemaran anak gadis dulu2...

permainan kami anak2 dara en ramudzan di rumah... tp ntah mcm mane smpi skrang masih x dpt nk kalahkn en ramudzan.