2 Review : Arus Qudus by Yasin Sulaiman


Amaran : Bukan album band atau kumpulan rock.

Lu kenal sama Yasin Sulaiman? Mamat ni dulu nyanyi sama kumpulan nasyid Brothers, ala yang dulu pakai spek tebal bak tuh. Dahsyat beb, mamat ni banyak composed lagu yang gua rasa boleh jadi lagu lagenda industri nasyid Malaysia. Kalau ada majlis perpisahan aja, kurang-kurang lagu Teman Sejati mesti ada, even Bro Ben pun ada main cover lagu Teman Sejati kat Australia..haha

Gua malas buat homework, maka gua agak-agak dalam tahun 2000 Yasin telah keluar dengan album solonya. Single Mimpi Laila telah mengunguli Anugerah Juara Lagu. He came out at the right time and right music.Selepas agak lama brader ni tak keluar album, kini Yasin telah meriliskan album ketiga yang berjudul Arus Qudus.

First time gua dengar lagu Arus Qudus, gua terus syak bahawa back up vocalnya pasti Salleh Brothers. Memang bunyi Brothers sangat back up vokalnya, tak apa sebab gua suka. Berbekalkan ahli musik yang gua fikir sememangnya otai gila, Man Kidal (gitar karen), Brader Nan (gitar), otai drum yang gua fikir smart Zahid Ahmad, pasangan pemuzik yang muziknya sering didendangkan di Chansellor Hall UTP ketika apa-apa event, Mohram (Mohar Seruling dan Ramli Rebana), Kelly (bass), Charmaine (violin), Rudy (Keyboard), Salleh (backup vox) dan beberapa nama besar lagi. Dengan barisan ini, Yasin mempertaruhkan musik world yang dicaca-marba dengan electro, hip-hop, balad dan kebanyakkannya rock.

1. Arus Qudus - First single yang gua rasakan berat, padat dan ketat! Starting dengan guitar delay ala Menanti Jawaban by Padi, diikuti intro arab style. Kejutan dari drum rolling memberi mode bahawa lagu ini ada unsur rock tetapi masih bertunjangkan Arabic melody. Man Kidal berjaya membawa mood rock dengan solo gitar tanpa henti dari awal sampai habis. Salleh dan Rudy pula memberi mood Arab yang kuat dengan sahutan vocal. Liriknya pula sememangnya berat, mengenai kehidupan yang menongkah arus yang qudus. Jujur dan berani. Gua tak rasa market radio Malaysia boleh cerna lagu begini, lagu ini mungkin untuk kepuasan Yasin sendiri sebab gua boleh rasakan energy Yasin dalam lagu ni yang membuak-buak.

2. Kau Yang Mengetahui - Oh..sayunya lagu ni dengan iringan piano pada intro memang memberi mood yang rileks. Lirik yang menunjukkan kecintaan hamba kepadaNya> Lirik yang direct, tak berbunga seperti Arus Qudus. Lagu yang santai dari segi lirik dan melodinya.

3. Bismillah - Jika dulu Yasin berkolobrasi bersama Too Phat dalam single Ahlamdulillah, kini beliau berduet dengan bunyian gitar Man Kidal menyanyikan Bismillah. Melodinya pada chorus mengingatkan gua pada suatu lagu yang gua pun dah lupa. Lirik yang kuat tentang hamba yang dambakan hidayah dalam kehidupan. Rangkap "Cahaya di atas cahaya" dipetik dari Surah An-Nur menunjukkan bahawa Allah berhak memberi hidayah kepada yang dikendakiNya. Solo gitar dihujung lagu semangnya kena.

4. Hampir Padamu - Music arrangement tak jauh dari 'Kau Yang Mengetahui'. Intro yang sayu diiringi piano. Lagu cinta yang indah. Lagu ini tak silap gua Yasin berduet bersama Arnieza, senior setahun gua time sekolah. Gempak gak minah ni, menang 2nd place dlm Asia Bagus rasanya tine sekolah dulu. Sekolah gua memang produktif keluarkan penyanyi macam Liza Hanim, Ella, Korie, Arnieza, Apek dan bukannya menteri. Gabungan suara mereka menjadi, mood lagu seperti coral music style. Lagu semakin rancak dan susunan musik berjaya membuatkan lagu ni tak awkward dengan perubahan mood. Solo Man Kidal sememangnya kena dengan melodi ballad yang kuat sebagai tunjang lagu ini.

5. Nari Narien - Ni lagu cover dari penyanyi Arab, Hisham Abas. Maka lagu ni bergerak dalam bahasa Arab dan Melayu. Suara penyanyi wanita tak berapa nak kena dengan lagu, gua tak tau apa yang kurang. Music arrangement memang dah sukses, lagi-lagi dengan solo darbouka yang gua rasa memang berjaya membuatkan gua nak gelek padang pasir sekali. Lagu ni gua rasa spoil sket, tu pun sebab vocal perempuan dia.

6. Kuala Lumpur - Lagu world music bercampur hip-hop dan unsur nusantara. Nama lagu sama dengan single Butterfingers dalam album Kembali..haha. Lagu ni memang catchy dengan ada part rapping dan sahutan seruling oleh Mohar. Gua boleh cam salah satu part rapping tu adalah Dali (Ahli Fiqir). Pergerakan musik tak banyak berubah seperti lagu-lagu hip-hop lain. Cliche.

7. Mimpi Kedamaian - Intro piano mengingatkan If I Ain't Got You dari Alicia Keys. Susunan musik sememangnya tak lari jauh dari lagu-lagu balad dalam album ni. Musik yang kian rancak di verse kedua diiringi solo Man Kidal. Lirik yang menunjukkan bahawa dunia yang huru-hara ini diharapkan agar damai. Direct.

8. Hidup Memang Payah - Ini lagu yang gua rasa bisa naik carta radio. Easy music and catchy to capture. Slow rock style, ringan bunyinya. Lirik berunsur ketuhanan menunjukkan bahawa hamba ini sememangnya sekadar hamba tiada berdaya. Bait-bait "Bersama yang susah, ada yang mudah" adalah suatu otivasi yang dipetik dari Surah Alam Nasyrah. Bait tersebut diulang 2x seperti dalam surah asal. "Layarkan kehidupan ke destinasi pilihan" Ooh..deep sungguh lagu ni.

9. Salam - Ini lagu fusion hip-hop yang dipenuhi unsur techno dan dance. Selingan suara Akbar sememangnya bikin mode techno. Joe Flizzow kasi rapping dalam lagu ni, memang kaciplah. Bagi gua ni first time gua dengar nasyid (lagu ketuhanan) bergenre techno. Tak pernah lagi walau gua biasa dengar munsyid dari US, UK, Denmark dan Arab. Ini first!! Kasi applause sama Yasin!

Secara Totalnya : Album ini gua rasa sukar untuk market sekarang ni. Belum masanya, seperti mana Brothers Reunited keluarkan album pada 2005. Wrong timing. Gua syak album ni lebih kepada kepuasan peribadi.Tapi jika pendengar musik Malaysia adalah pendengar yang berani dengan bunyi baru, ini makanan anda!! Unsur musik yang majoritinya tak pernah kita dengar. Kali ini Yasin lebih seronok bereksperimentasi dengan mix up music together. Gua hidangkan dengan single Hidup Memang Payah yang gua rasakan single terbaik dalam album ni.


2 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

sound Ok tak CD ni? Gua lagu-lagu camni gua minat sound. Single youtube tu not bad... Man Kidal? Gua drool dah ni (sambil lap air liur)....

Achan Sinclair berkata...

Hmm..bab sound dari CD gua tak berani nk ckp la..sebab gua pusing pakai radio kereta sama laptop aja..audio system tak mantap mana..so tak bley nak ckp bunyi cd tu power ke x. Gian sound system nampak skang?haha