0 Review : Om Burger, Ampang Jaya





Hari ini pasti lebih baik dari semalam. Semalam gua kesepian, hari ni bertalu-talu orang call ajak lepak, thanks to Tanggang, Tajul, Talha, Kecik, Acapie and Suzy. We spent our everning together at Pak Li Shah Alam with gossiping each other and the others. Then we continue with 'karok' session Ole-Ole Seksyen 18..Try imagine. Karoeke box tu muat 5 orang.. Tak cukup wayar nak tarik lagu Awie.



Kemudian gua ke gerai Om Burger di Ampang Jaya. Om Burger ni bukanlah adik-beradik Wendy's ata Carl's Junior. Tetapi Om Junior hanyalah sebuah stall burger yang jual burger Ramly. Tapi pastinya ada sesuatu 'x' faktor yang meanrik perhatian gua ke sana. Ye lah, kalau setakat nak makan burger Ramly, ramai aja mat rempit berniaga di sekitar Damansara ni. Di sebabkan oleh cerita Silu bahawa beliau men'google' The Best Burger in KL dan resultnya berhasilkan Om Burger, siapa yang tak teruja?

Gua ada juga bikin R&D pasal Om Burger ni, dan hasilnya memang memberangsangkan. Biasanya gua mencari kedai makan menarik ni dengan rakan-rakan atau sesiapa yang gua rasa betul-betul sebulu dengan gua. Tapi kali ni special, gua bawak manusia paling best kat dunia merangkap mama gua. Cool jugak.



Selalunya gua akan berguru dengan Google Map, namun kali ni tak sempat. Perancangan gua ad hoc. Maka terkoyong-koyong kami anak beranak ke Ampang Jaya dari Damansara mencari burger. Mama gua pernah duduk di Ampang Jaya ketika mengandungkan gua, time tu dia kerja di Tabung Haji tu pun 25 tahun lepas. Berdasarkan GPS memori Mama gua, dan beberapa update terbaru dari gua seperti gua bagitau Jalan Klang Gate dah tukar jadi MRR2, akhirnya kami tiba di Om Burger yang terletak di hadapan 7-Eleven.

Gua pun nak juga rasa apa cerita sampai burger uncle ni dapat pangkat The Best Street Burger dan direview oleh majalah-majalah hingga ke majalah mat salleh. Burger rasa macam rendang daging ke apa? Gua usha memang Om (uncle in Jawa) ni punya gerai memang grunge, telur papan tinggi beb, gua kira ada 12 papan. Kalau kali 30 biji satu papan tak ke membawa erti 360 biji telur? Om kata sehari burgernya boleh laku dalam 400 biji. Kebanyakkan orang beli burger special yang berharga RM4. RM4 x 400 = RM1600 per night. Om ada daughter tak? hahaha

Burger dia memang syok. Daging burger selalu kecut bila lepas masak, tapi dia punya tetap bulat dan tak kecut. Memanglah sloopy, dan bersepah dengan sos dan mayonis. Tapi segalanya PERFEK!! Dengan cheese Kraft yang memberi rasa keindahan fatamorgana dan saiznya yang besar bak. Gua sama Mama gua thumbs up!! Walaupun jam pukul 12, tapi ramai yang berhenti beli. Ada juga gua usha beberapa pembeli baru yang nampak datang dari jauh. Gua pasti kalau lu try juga. Tiada istilah menyesal!! Okay gua ngaku..malam tadi gua bantai 2 biji burger..hahaha

Rujukan : Semua gambar kecuali gambar rokok (aku) semuanya sebat dari
sini

0 487 batang pen patah: