0 Pukul Dia



Satu-satunya lagu Micheal Jackson yang pernah gua jam dalam seumur hidup gua adalah lagu Beat It, tu pun gua tak ada solo macam Slash atau Van Halen sebab risau tak cukup jari. Beberapa hari lepas ketika gua menyambut ulang tahun kehidupan gua, lagenda pop ni boleh arwah pulak.

Ketika balik silat kelmarin, seorang brader ni cakap " Micheal Jackson yang femes pun mati, kaya mana orang tu pun pasti mati jugak. Bukan boleh beli nyawa pakai duit. Jangan la sia-siakan masa hidup ni". Gua mengangguk sambil buat 'O' pakai asap rokok tanda setuju, lantas gua berjalan secara moonwalk meninggalkan beliau terkapai-kapai.

notaKaki : Gua nak tidur awal ni, sebab esok Ejat ajak amik gambar amoi yang ada iras Cecilia Cheung. Kalau muka amoi tu iras Ejat, memang gua seret Ejat sepanjang perjalanan gua dari Kepong ke rumah.

0 487 batang pen patah: