2 Otak Seminit

Spontaneous. Itu yang menjadi prinsip dan kebolehan yang dianugerahkan kepada gua. Nak harapkan gua buat perancangan macma Rancangan Malaysia Ke-9? Maka tak salah jika gua kaitan macam kerajaan merancang nak bikin jambatan mengantikan Tambak Johor. Hasilnya? Lu jawap sendiri sebab gua tak sanggup nak beraya di Kem Tahanan ISA tahun ni.

Ketika di Tronoh, gua pernah bangun pagi. Kemudian mengadu pada rakan sebilik gua, bahawasanya gua teringin nak makan laksa Kuala Kangsar. Tanpa ragu-ragu, gua setting pakaian gua dan berderu ke Kuala Kangsar menikmati laksa.

Pernah gua lepas balik tengok bola, perlawanan diantara Chelsea dan Man U. Gua dan raka-rakan terasa seperti ingin memetik strawberi. Ketika subuh hari tersebut, kami check kereta kasi air sama minyak hitam untuk melancarkan pejalanan enjin. Dengan rileks gua dan rakan-rakan berderu naik Cameron Highland dari Ipoh semata-mata inginkan strawberi. Walhal kat Tesco Ipoh pun ada jual strawberi apa.

Teringin nak minum Longan Padang Kota? Berbekalkan kecekalan, gua membawa diri dari Perak ke Pulau Pinang semata-mata secawan air longan. Pernah gua tiba-tiba terasa lain, macam. Kemudian gua terus pergi kursus kahwin, itu juga unplanned.Kalau setakat aktiviti cikai-cikai tak payah cakaplah. Minum-minum di kedai, terus sambung ke pawagam. Kalau gua ajak makan, jangan tanyalah makan mana. Sebab gua hanya mengikut tayar bergolek ke arah mana. Tiada perancangan teliti.

Gua syak sifat ini diwarisi dari Abah gua. Dia lagi dahsyat, pernah awal-awal pagi dia kejut gua sekeluarga dan ajak kami pergi Thailand. Tenang aja orang tua tu. Oleh kerana memikirkan taku disumpah menjadi batu, gua turutkan saja kehendak beliau. Tak mahu jadi seperti Si Tanggang, disumpah hingga lubang hidung muat sebatang marker pen whiteborad 70.

Selama pelbagai aksi yang gua lakukan secara spontan atau instaneus, tak pernah lagi gua menyesal atau berasa rugi sebab bagi gua, hidup ini perlu thrill macam lagu Micheal Jackson, Thriller. Dan berdasarkan pengalaman gua, segalanya boleh berlaku diperkukuhkan dengan 2 faktor ini, masa dan wang.

Tetapi ada beberapa perkara yang gua dah setting. Biasalah, hal-hal kehidupan dan kekeluargaan. Gua juga dah setting, raya ni nak raya rumah awek-awek cun sekitar Taiping, tu gua tamau duduk di Kem Tahanan ISA.

Okay, cukup gua membebel. Supervisor gua suruh hantar topik baru Projek Akhir Tahun sekarang ni. Gua nak guna kebolehan gua ni dalam mereka emel kepada SV gua. Doakan gua berjaya!!

2 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Itu yang best kan? Plan2, karang tak jadik, saket ati je~

Achan Sinclair berkata...

hahaha..kan senang melesia wat cmtu..xyah plan nk wat jambatan..bngun2..ehh aku nk wat jmbtan..terus order simen..hahaha