0 Musik Semalam, Hari Ini dan Esok


*Ini zaman dahulukala, time gua bersekolah lagi. Tapi kumis gua sekarang memang iras-iras gambar di atas


Gua ada terbaca dalam ruangan bertanya di laman sesawang. Apa terjadi kepada Sex Pistol jika mereka tak berpecah dan adakah semangat raw itu akan raw hingga kini? Perkara yang sama terjadi kepada Nirvana, Soundgarden dan beberapa band lain. Jika mereka masih kekal hingga kini, adakah musik mereka tetap sama dengan 20 tahun lepas?

Kebanyakkan band yang berkekalan, sifat raw pada musiknya seakan-akan menjadi kian faded terus ditelan usia. Musiknya kian matang dan terus menghilangkan bunyi asal band tersebut. Lihat saja Butterfingers, The Clash, The Beatles dan kumpulan nasyid Brothers pun boleh dikatakan begitu. Contohnya kebanyakkan band-band trash yang commercial seperti Metallica dan Sepultura, dulunya lebih heavy dan straightforward. Kini musik mereka menjadi lebih abstract dan sukar difahami. Masihkah anda ingat zaman 1.2 mg Butterfingers, dan kehadiran Kembali membuatkan kita lupa bahawa band ini pernah raw suatu masa dulu.

Gua boleh menyatakan bahawa hampir setiap benda di dunia ini mempunyai tempoh kerelevanannya. Seperti mana, pada tahun 1890an kenderaan yang paling relevan adalah kereta lembu mungkin. Namun kini, ianya tak relevan lagi bagi perjalanan kerana memakan masa dan tunggu lembu makan. Maka band-band juga menmpuyai tepoh relevan tersendiri, dimana ketika itu musik itu berkadar langsung dengan masa mereka come out.

Antara contoh tempoh kerelevanan musik itu spserti The Beatles di era Hard's Day Night itulah tempoh relevan mereka, dan ketika Yellow Submarine sememangnya hippies dah pening kepala. Namun Abbey Road telah kembalikan zaman kegemilangan mereka sehingga ke penghujung Let It Be. Begitu juga dengan tempoh relevan band-band lain seperti Butterfingers (1.2 mg-Transcendence), Metallica (And Justice For All), dan MJ (Thriller).

Seperti yang gua beritahu pendapat gua kepada Yasin, setiap musian pasti ada empayarnya sendiri yang sentiasa mengikut walau apa apa yang musician buat. Tak kiralah Sepultura main caklempong sekalipun. Namun bagi mereka yang tak sesuai dengan penerimaan bunyi baru pastilah akan 'murtad' sepertimana ramai yang mengeleng kepala kepada Metallica ketika era St Anger. Holly shi.. Yang pasti bagi gua, bukalah minda dengarkan bunyi baru kerana semalam adalah semalam dan esok masih perlu kita tempuhi.

Bunyi macam Pakar Motivasi dekat TV3 yang selalu kua TV lepas subuh tu.

0 487 batang pen patah: