0 Laporan Harian #1

Hari ni gua memang letey, betul-betul letey. Tidur jam 4 pagi, bangun jam 6 pagi. Ada aktiviti kekeluargaan sikit, gua naik pening kepala dengan anal-anak sedara gua. Gua lari kan diri, call Dodol (out of coverage), Tanggang (tukar number), Arep (rijek call gua), Bono (tak angkat), Low (tak da number da). Setelah disisih rakan-rakan, akhirnya gua membawa hati yang lara menumpang tidur rumah di Silu. Selepas perut kenyang berisi, Silu dah halau gua sebab nak keluar date. Gua sedar kehidupan gua seperti melukut di tepi gantang, dan gua membawa diri ke rumah Bono. Selamat Pak Cik Aziz (bapak Bono) keluar bersama ahli keluarganya yang lain. Tinggallah kami berkhalwat berduaan.

Pada awalnya gua bukak website untuk membuat kajian untuk Projek Tahun Akhir, namun ianya berakhir dengan sesi kajian tentang senjata paling efektif dalam Mafia War dan penghujung sekali gua bermain ping-pong bersama Bono dan rakan-rakan. Agak hebat juga gua walaupun hampir 5 tahun tak peggang bet ping-pong. Ok gua mengaku, banyak juga aksi yang membuatkan pemain ping-pong negara, Shakirin Ibrahim tak mengaku gua junior sekolah dia. Sia-sia training dekat sekolah pakai meja dewan makan.

Dan di malam hari gua ke kenduri Nija, sepupu gua merangkap rakan sepermainan gua ketika kecil. Ini kali pertama gua usha laki dia, nampak muka budak baik, rambut kerinting halus tak macam rambut bapak Ismail Sabri. Akmal pun ada, dengan tunangnya. Yanti dah ada anak dua. Memang gua kecik-kecik suka mian-main dengan kaum hawa. Ye la, siapa tak bangga kawan dengan anak bandar berwajah Pan Asia? Selepas semuanya bergosip dan menunjuk kehebatan pasangan masing-masing. Kemudian mereka perasan gua tiada berpasang, masing-masing kuat mengasak. Gua buat muka cool, hisap rokok buat asap bentuk 'W'. Sepupu gua, kecik-kecik dulu tak da bakat bergosip, dah besar darah keturunan Mami dah tunjuk belang.. hmm

0 487 batang pen patah: