0 Lagu Malam Ini : Chinta by Monoloque (Loque Butterfingers)

*Loque terkejut ketika gambarnya diambil ketika sembayang raya.


Lu pernah dengar Loque? Guitarist Butterfingers yang asyik dengan Gibson Les Paulnya suatu masa dahulu. Kini Loque meneruskan jalan musiknya dengan rilisan-rilisan yang berbunyi sesuatu yang lain dari bunyi Butterfingers. Kebanyakan rilisannya berbaur elektro dan exprimental musik Melayu lama dari zaman idolanya, R. Azmi pada tahun 40'an.

Ini salah satu rilisan yang dibuat oleh Loque yang bertajuk Chinta. Single ini adalah sebuah projek kolobrasi di antara Loque dan pihak Muzium Pahang, mungkin pada bunyi gamelan dalam lagu ini. Bagi gua , single ini sungguh rapi serba-serbinya, samada dari segi sound, lirik dan feel. Untuk keterangan lanjut, sila layari website Loque sendiri iaitu http://www.monoloque.com






Lirik Chinta - Loque (Butterfingers)

Kau hadir bila tiba waktunya...
tidak diundang tak jua dipinta
walau lari kau tetap datang jua
keranamu chinta..tak mampu menahannya

Aku terus mencuba terus lari dari chinta..
kerana perit terasa sengsara tanpa kata
kerana dusta...

Chinta kau lulurkan hati ini
membuatkan segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh cinta
terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

Aku akan terus melangkah walau tanpamu oh chinta...
Aku yakin akan adanya setia ceritera yang tiada akhirnya..

Chinta kau lulurkan hati ini
membuatkan segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba oh cinta
terasa bahagia..hanya menunggu saat dan tika.

kerana...
kerana...terasa bahagia...

Chinta... abadi chinta
chinta padaNYA
chinta satu...
chinta selamanya....

notaKaki : Hati bunga-bunga.

0 487 batang pen patah: