2 Kisah Duka Kehidupan Seorang Pelajar Episod 1

Kehidupan seperti sehelai roda, semester lepas gua angkat Anugerah Dekan tapi semester ni pencapaian gua tak sampai ke telinga dekan. Berbekalkan semangat seperti peniaga MLM mencari mangsa, gua angkat tangan kanan dengan lima jari tersusun rapi, gua ikrar untuk membuat ending yang cantik dalam semester terakhir gua di UTP.

Tatkala gua menatap resap exam gua beberapa minggu sudah, memang sudah dijangkakan memang hakikat yang pahit bakal menunggu gua. Usha resap, muka kelat, hati gua panas membara. Kalau sapa-sapa tegur itu hari memang sah-sah ada cap kaki saiz 11 di sebelah peparu beliau.

Minggu depan gua nak kena submit progress report untuk Projek Tahun Akhir gua. Masalah bagi gua bukan tak reti tulis report, tapi masalahnya gua nak tulis progress apa kalau dah tak ada progress?

Mungkin gua boleh kasi tentatif hidup gua kepada penyelia gua untuk rujukan dan tatapan beliau.

8.00 am Tidur
2.00 pm Bangun Tidur
4.50 pm Pergi bekerja luar di gimnasium
5.40 pm Berenang di kolam renang.
7.00 pm Hisap Rokok Bersama Kekawan
8.20 pm Keluar makan sambil membeli rokok.
10.00 pm Training Silat @ Bermain Gitar @ Menonton Filem
12.00 am Makan-makan di Restoran Borak-Borak Kosong (Mapley)
2.00 am Mari Belajar Bahasa Thailand Bersama Fayan Malaya
2.40 am Menonton Filem Hingga Terbit Fajar

Maka demikianlah laporan saya.

Ini gua ganti slot 'Mari Menonton Filem Hingga Terbit Fajar' dengan 'Pertandingan Mencipta Progress FYP Sebulan Dalam 1 Malam'. Sejak bukak semester ni semua pensyarah gua kenselkan kelas.

Betul apa yang Mak gua cakap, doa orang teraniaya memang mujarab.

notaKaki : Gua rasa esok petang gua bangun tidur, gua lupa la ikrar gua tu. Malam ni nak mimpi sapa ek?

2 487 batang pen patah:

iLLy berkata...

nak bg tentatif same minus the rokok can or not???

Achan Sinclair berkata...

No!! hahah