3 H1N1Mengganas di UTP?

Tronoh, 31 Julai - Okay..sekarang UTP tengah panas dengan isu H1N1. Gua salah seorang yang disyaki kena virus ni.Gua semalam bikin salah juga, dah tau benda ni bermusim, gua keras kepala pergi pasar malam dan disusuli dengan kegiatan latihan snuker di Pusat Snuker jugak. Kalau budak-budak ni power tak pa, ni hutang point berjela-jela. Tak sia-sia cikgu matematik ajar nombor negatif dulu.

Siang tadi gua ke Klinik Darul Ridzuan untuk check up. Untung nasib gua, suhu badan 37.8 darjah celcius. Nurse tu kata kalau 38 degree kena isolate. Gua tersenyum tanda berpuas hati dengan tindakkan pantas gua. Kalau tak sekarang ni mungkin gua sedang mengira saiz bilik di V6 pakai ukuran jengkal tanda protes dikuarantin.

Seperti biasa, gua expect tak tinggi pun klinik universiti ni. Gua syak dia bagi ubat canggih-canggih, sekali dia keluarkan Panadol. Dulu time gua eksiden motor pun dia bagi panadol, apa ada lambakan stok panadol ke? Dengan keadaan yang tak berapa nak cantik ni, gua sarankan lu orang kalau rasa macam tak sedap badan aja terus gi klinik. Jangan simpan-simpan virus ni, tak membawa kekayaan pun. Kalau lu melabur kat ASN kurang-kurang ada juga keuntungan.

Kemudian gua turut cadangkan lu pakai aja mask pelik tu. Memang tak cool. Tapi lu nak cool ke nak arwah? Lu bersilat tiap-tiap minggu, pergi gim workout tiap-tiap petang, berenang seminggu 3x. Sekali sok..sek..sok..sek arwah. Arwah sebab selsema.. Lu tak rasa membazir ke? So gua sarankan follow aja apa yang akak nurse tu cakap kat gua untuk kebaikkan bersama.

Pihak Universiti pun satu hal juga. Nak tunggu 100 kes baru nak tutup u. Kalau nak bandingan ratio 100 pelajar dengan pelajar UPM, logik la. UPM besar, seminggu sekali nak terserempak muka yang sama pun susah. Ni UTP beb, sehari 2x gua terserempak dengan orang yang sama. Tak pa, nanti bincangkan dengan CEO Petronas apa yang terbaik.

notaKaki : Dah ramai kawan-kawan gua kena lokap sebab H1N1, gua harap lu orang cepat sembuh. Boleh pergi kelas tandakan kedatangan gua ok?

3 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

dasat... moga warga UTP semua sihat2 hendaknya.

iLLy berkata...

kalau u kawan yg sejati. u boleh hantarkan i satu paddle pop rainbow...

i da mati kutu ni

neo berkata...

Aku dah melabur H1N1 dalam Amanah Saham 1Malaysia.

Pulangannya mengalahkan Bio-aura