2 Autopsi #4 : Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan Kali Ke-52

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang budiman dan dermawan (Sila PM gua untuk minta no akaun CIMB gua). Biasanya gua mengautopsi gig-gig atau konsert yang gua lewati dalam liku-liku kehidupan seorang yang merancakkan ekonomi penghibur-penghibur di pelusuk tanah air. Namun kali ini gua bukan mau autopsi gig, tapi Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan Kali Ke-52 yang berlangsung di UTP pada minggu sudah.

*Gua agak kagum dengan dekorasi, convo nanti bikin macam ni jugak ek?

Ye la, gua pernah pergi majlis tilawah pun last time sekolah menengah kat Masjid Shah Alam, tu pun gua rasa gua banyak bazir masa di persekitaran masjid dengan menikmati seni bina masjid kaler biru tersebut. Secara kebetulan penganjuran Majlis Tilawah diadakan di UTP, gua mengambil peluang untuk menenangkan jiwa dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh qari-qariah yang terbaik dari seluruh pelusuk tanahair.

*Ini Johan dari Sarawak, nama dia bukan Johan. Nama dia Awangku Omar

Ini gua kasi bedah siasat hari terakhir, iaitu hari penyampaian hadiah. Gua datang lewat sedikit angkara penangan Family Outing, namun dengan bantuan Long. Gua dah suruh Long ejas kerusi untuk gua, so tak adalah runsing-runsing. Gua bertapak ke Dewan Canselor berdebar-debar, dengan harapan dapat duduk sebelah MB Zambry, mana tau boleh ejas kasi MyVi gua convert ke Toyota Camry.

Bila gua melangkah masuk aja, memang terkesima gua dengan kehadiran manusia yang ramai amat. Nak naik tangga ke kerusi atas pun slow beratur punya pasal. Door gift adalah diberikan, berbentuk Al-Quran dan CD Panduan 7 Jenis Lagu Tarranum. Gua sambar CD je lah, sebab keadaan tak berapa nak suci amik Quran.

Gua teruskan perjalanan ke kerusi yang ditempah khas oleh Saudara Long, Qari Jemputan dari Kosovo. Kerusi gua line atas sekali, nak naik atas pun payah. Kat area tangga penuh dengan gadi-gadis comel bertudung labuh. Gua memang kena tempuh cabaran fatamorgana untuk ke arah kebaikkan. Elok sampai atas aja, kawan-kawan se'kelas' tarannum gua buat-buat baik pulak. Offer seat dekat beberapa ketua kampung, dengan harapan semoga mereka dipertimbangkan untuk dijadikan menantu. Memang publisiti murahan.


*Kerata Siapa ni? Lu jawap sendiri la beb. Kesian kat cikgu BM darjah 1 lu.

Dalam jam 9 cenggitu, Raja Di Hilir Perah dah tiba ke Dewan Cansellor. Kereta dia lawa, kaler krim macam aiskrim vanilla. Gua syak mesti mahal sket dari MyVi hitam gua. Kemudian disusuli dengan Sultan Azlan, naik kereta besar kaler hitam. Tuanku Sultan pakai persalinan merah menyala yang menampakkan baginda menyerlah pada malam tersebut. Gua pun tak kalah dengan persalinan kaler oren.

*Kereta Sultan, nampak garang.

Acara dimulakan dengan persembahan nasyid oleh budak-budak Sek Men Agama Raja Nazrin Shah. Not bad la, nasyid ala TV1, apa lu expect kan? Suara pun sedap lagi, baru mumayiz tak baligh lagi. Gua time zaman macam diorang tengan seronok layan tarik lagu Fantasia Bulan Madu.


*Inilah muka yang memberi kerusi kepada pakcik-pakcik, memang sesuai dijadikan menantu.

Kemudian diteruskan bacaan Quran oleh Pemenang Qari iaitu peserta dari Sarawak. Dahsyat jugak la. Jauh sekali kalau nak compare gua baca Fatihah. Disusuli dengan bacaan Juara Qariah (2 tahun berturut-turut) dari Perak, Syarifah Khasif. Gua pernah usha dia ni masuk Akademi Al-Quran tahun lepas, tak silap gua dia dapat 2nd place je kot. Bila Kak Pah kita ni baca aja, Iqmal Hakimi sedang tidur pun boleh terbangun angkara suara Kak Pah ni. Jangan dibandingkan dengan Kak Pah yang nyanyi lagu Seiring dan Sejalan tu. Memang gua tersentuh pun ada, sebak pun ada, kagum pun ada. Walaupun gua bukanlah pakar dalam tarannum ni, tapi gua rasa memang dia layak menang 2 tahun berturut-turut. Subhanallah.


*Shariffudin Sahedan, samar-samar dibelakang kelihatan gua sedang tekun menyemak bacaan Qari. Mana tau salah, gua nak hand up perbetulkan.

Yang Juara-juara dapat la seorang RM10,000. Sama taraf dengan hadiah Akademi Fantasia. Kemudian dah setel acara pemberian hadiah, gua dan rakan-rakan pergi buat kaji selidik di booth-booth jualan. Gua ada try rendang tok ni, apa cap ntah. Memang sedap beb!! Budak-budak ni angkat la sorang RM10 sekali dengan ketupan RM 5. Memang tak sabar tunggu raya ni!!

Setelah habis gerai kami kaji selidik, dengan hati yang rasa-rasa macam suci aja, kami bergasak ke kedai makan berhampiran untuk memberi pengisian jasmani pula kepada perut masing-masing. Maka demikianlah laporan saya mengenai Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaaan Kali Ke-52.

Gambar Belas Ehsan : Sharifuddin Sahedan

2 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

rindu gua kat UTP nih...

Achan Sinclair berkata...

hahahaha...ini gua tak tahan..bila balik sambung kerja?