5 Vintage : Terbang Berkelompok 2.2.2002

Malam minggu sememangnya saat-saat dinanti-nantikan oleh setiap penghuni asrama gua. Pantang malam minggu, mesti nak panjat pagar. Bukan seronok apa pun panjat pagar, alasan lapar, senior order, nak berperang kat CC, tangan gatal nak main snuker dan paru-paru sesak tak dapat asap. Dah besar nanti jadi atlet lari berpagar? Lagi haram..

Tu semua dunia je. Tapi zaman sekolah muda-mudi, baru dapat 'lesen' mestilah excited. Tak payah amik test komputer, ujian buta warna dengan ujian naik bukit, lesen nak panjat pagar tak seleceh begitu. Lu hanya perlu tadah pipi untuk setahun dua kepada senpai-senpai, kuatkan kaki untuk 'scrembler' (henjut steng, jengket steng, motor dan terpulanglah apa yang asrama ko panggil aksi ini). Macam masuk askar pun ada jugak tapi beza tak ada pegang senapang je, cuma kena pelempang.

Masih tersemat rapi dalam ingatan gua, 2.2.2002 malam minggu yang indah, Syafiq Abdullah @ Dodol ajak gua fly macam biasa. Tapi poket tak berapa nak rapi, seluk poket pun ada tangan je, wallet Adidas yang gua beli kat pasar malam pun tak berapa nak tebal, cuma ada kat ATM yang bakinya gua pasti RM10-RM19, tak boleh nak keluar sebab tak cukup gandaan 10. Bukan niat gua nak kecilkan hati member, lagi-lagi Dodol, selain gua sapa lagi yang dia ada.

Maka dengan keciwanya Dodol mencari mangsa lain untuk diajak menikmati kebebasan di luar kawasan asrama. Gua tau, bukan rapi mana pun aktivitinya. Habis kuat pun pergi ke Kafe Siber Spring main Counter Strike. Memang dah kira wajib pada zaman tu untuk budak-budak main CS. Sapa tak main memang macam budak sekarang tak tengok Macam-Macam Aznil la tahapnya.

Oleh kerana status gua yang membolehkan gua untuk menerima bantuan Baitumal, gua duduk diam dalam asrama. Ntah apa-apa gua buat. Kacau Mael kot. Bapak Mael namanya Pak Cik Norehan, orang Jawa Banting. Bapak dia Pengurusi PIBA, gua tak ingat stand for what. Tapi lebih kurang macam PIBG la. Apa seronoknya kacau Mael pun gua tak tau.

Berbalik kepada kisah Dodol fly keluar. Dengar kata ada orang lua report dekat Ustaz gua ada budak fly. Maka berbekalkan van Inokom kaler emas, Ustaz pergi la cari budak-budak yang fly. Kapasiti van boleh sumbat 7-8 orang. Kadang-kadang dah letih fly, seronok juga orang datang jemput. Naik van siap ada aircond.

Ustaz Zohdi pun dengan konfiden menerjah pusat-pusat hiburan berdekatan. Biasa paling kuat pun yang fly ada dalam 5-6 orang. Tiba di Kafe Siber Spring yang terletak depan Sekolah Cina Chung Hwa, Ustaz terkesima sat. Di ushanya, dari depan ke belakang budak asrama gua aja. Bukan setakat 7-8 orang, tapi 33 orang. Satu rekod kejayaan budak-budak dan rekod kelemahan sistem keselamatan asrama yang melarang pelajar keluar masuk dari kawasan asrama.

33 orang nak naik van-ada-aircond balik asrama? Hak tuih!! Semua 33 orang berkawat depan van balik asrama. Macam Pertandingan Kereta Berhias pun ada juga, Kawat Merdeka pun ada la sikit-sikit cuma PM tak datang je untuk tabik hormat.

*****

Hukuman kepada diorang?

Tak perlu gua story. Esok pagi, gua turun Subuh usha budak-budak tidur nyenyak dalam surau dengan seluar pendek.

Gua menadah tangan tanda syukur atas taufiq dan hidayahNya.

5 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Dude! This is, like, the best post ever! LOL @ part 'Hak tuih!" I loike, loike loike! Tringat zaman muda2 I walaupon I nie kekal muda~
(Buat suara ala2 Miss J dalam ANTM)

Achan Sinclair berkata...

Terima kasih Saudara Alex, insyallah jika diberikan gua peluang dan wang, gua akan menulis dengan lebih baik..ang p la cr kerja..dok baca blog aja

Bajet berkata...

haha. aku ada lagi time ni. nasib baik ko tak fly.

Shafreen berkata...

Acan mmg slalu flying without wing

Achan Sinclair berkata...

Sebenarnya aku nak reveal rahsia..aku ada ilmu jaga-jaga..aku dah tau hari tersebut adalah kemudaratan. Acap..ko jgn ckp kat org ilu aku tuh, rahsia! Nanti gua ajar lu