7 Senarai Harapan Gua Pada Tahun Ini

Hari ini besday gua. Selalunya gua akan create wishlist untuk MafiaWar dalam di Facebook untuk meminta barangan yang diperlukan untuk melengkapkan task gua. Dan selalunya wishlist gua akan direalisasi oleh rakan-rakan. Terima kasih

Kali ini gua nak meletakkan wishlist bersempena hari jadi gua. Kalau barang siapa yang merealisasikan segalanya. Akan gua spray nama jalan di rumah gua dan diabdikan dengan nama si polan untuk membuktikan bertapa gua menghargai jasa beliau. Wishlist ini hanya merangkumi perkara material-material sahaja, bukan perkara-perkara seperti kasih sayang, kepala makin bijak dan sebagainya.1. Telefon Tangan Samsung Ultra Touch

Gua dah naik mual dengan telefon tangan gua sekarang. Model apa? Cukuplah gua katakan ianya telah dilancarkan hampir 3 tahun lepas. Lu bayangkan bagaimana teknologi ketika itu. Sampai sekarang ni, nak angkat telefon di khalayak ramai pun dah malu. Mengapa gua pilih model ini? Mudah kerana gua memang peminat Samsung dan telefon tangan gelungsur (flip). Tampak Korea.

2. Kamera Lumix LX3

Gua pernah ada kamera, hadiah ketika cemerlang peperiksaan UPSR. Kamera pakai filem, Abah gua beli di Pertama Kompleks. Walaupun membuat kerja-kerja peragaan separuh masa, namun minat gua kepada fotografi masih tak pudar. Kenapa gua nak angkat LX3? Sebab gua tak larat nak sangkut DSLR besar-besar di leher. LX3 ni gua taruh aja di dalam beg perempuan-perempuan yang menemani hidup gua. Mudah!!



3. Jam Tangan Oris Divers GMT, Date

Memang tangan gua sering kekosongan kerana bagi gua jamtangan menyusahkan. Samada gua nak bermain perkusi atau gitar, dua-dua tak kena. Abah gua ada bagi jam Oris, tapi gua tak berapa into sangat sebab nampak koperat sangat. Jam model ini nampak lebih elegan, dan kebolehan kalis air sehingga 300m membuatkan gua teruja untuk berenang bersama jam tangan berharga seperti sebiji Perodua Kelisa ini. Seperti memandu di dalam kolam renang.

4. Kasut Cole Haan Model Air Vigor Vinetian

Gua usha kasut ni dah lama dah. Dari awal tahun ketika menemani Khairy mencari hantaran untuk majlis perkahwinannya pada esok hari. Memang jiwa gua kepada Converse, tapi apa salahnya jika orang nak memberi kasut perekacipta bersempena ulang tahun gua. Dilengkapi teknilogi Udara Nike (Nike Air), pasti selesa dibawa berjalan sekitar ibu kota. Oh ya, jika nak murah sila tunggu ketika Jualan Mega. Harganya mungkin sekitar RM600, jika tiada jualan hebat. Harganya lebih hebat. Jangan lupa, kaki gua saiz 11. Kalau hinggap paru-paru memang muat satu, kemungkinan muntah darah juga agak tinggi.

5. Remo Rope Tuned Paulo Matiolli Djembe

Ini djembe idaman. Gua pernah cuba jaya djembe ini di Bentley Mutiara Damansara. Perasaannya bila mengetuk, memang tak dapat digambarkan. Jika Fender terkenal dengan 'twang' nya. Djembe ini juga tak mau kalah. Kalau dulu nak tune aja kena pakai spanar hidup, lepas ni gua main tarik-tarik tali aja, macam lagu Elyana. Lepas ni boleh gua eksyen sama Steve Thornton

6. BMW 530i

Oh ya, gua hampir lupa kereta mewah ini. Gua tahu memang ramai yang mengidamkan kereta lebih mewah. Tetapi di peringkat usia 20-an gua ni, kereta model ini sudah mencukupi.

Esok gua akan ke Kelantan, menyambut hari jadi gua di sana. Lebih Islamik, sejajar dengan umur dan kematangan gua sekarang.

notaKaki : Sila emel gua sebelum buat penghantaran kerana gua gusar time posmen hantar, gua tak ada di rumah. nanti siapa nak sign bungkusan.

7 487 batang pen patah:

mkhalidibrahim berkata...

"seperti memandu dalam kolam renang" itu sgt nice!! hahaha

aku rase aku leh tunaikan yg last skali tu can, rupannya sama size nye berbeza..sila singgah di seven e bedekatan dan sila ke bahagian hot wheels. hahaha

happy hari tua bro! hahaha =]

Bajet berkata...

Pergh demand ko tinggi sangat la. Lari budget aku. Papehal pun selamat hari jadi bro.

encikBoy berkata...

hahhhahhaaa.... islamic sangat ko neh, siap sambot besday kat saner... minta panduan hidop ke ape? ahhaa

Pak Lah berkata...

Gua dah lama usha gaya penulisan lu bro. Komen gua, revolusi!

Shafreen berkata...

pegi kelantan watpe?...mintak restu tuan guru ke? ;)

neo berkata...

Tahi Bintang x lalu Damansara.

Achan Sinclair berkata...

kaled

agak-agak kereta yang ko nk bg tu bule muat taruk awek? kalo xleh xpe r..aku sbnrnya nk buat umpan je..so terpaksalah aku umpan pakai diri aku sndr.

------------

Bajet

Nama kau pun bajet..so what do u expect?

-----------

Boy & Acap

Gua nak memenuhi kepuasan dalam menguasai kesemual dialek di Malaysia.

----------

Pak Lah

Ehh..Pak Lah pun baca blog gua..haha..kalo lu bg Scomi kat KJ..tak mustahil lu bg petronas kat gua sebagai present kan? hehehe

---------

neo

Yang buat tahi memang ramai