5 Review : Mana Setangginya @ Istana Budaya


Balik dari Istana Budaya usha teater, pantang bercakap sikit dah nak menyanyi. Seorang rakan, Silu cakap tu belum gua usha broadway lagi, gamaknya kalau dah usha. Pantang cakap sikit nak menari.

*Sesi pengambaran di luar. Kat sebelah gua tu namanya Alen.


Gua dah kali kedua dalam tahun ni ke IB, kali pertama ketika Sesi Butterfingers awal tahun lalu. Kali ini pemergian gua lebih serius dengan semangat membara mahu menonton teater yang diadaptasi dari karya agung 'Mana Setangginya' hasil nukilan Sasterawan Ke-7 Malaysia, Datuk Noordin Hassan.

Sejak gua jejak kaki awal tahun lalu, tiada apa yang ketara berbeza cuma ketika Sesi Butterfingers penontonnya datang dari golongan berbeza. Dan kali ini gua nampak ramai orang 'seni' menghadirkan diri. Ada lelaki yang pakai kain kurta macam Pakistani, ada yang berbaju kot mungkin dari golongan 'seni' upper class dan yang paling penting gua bersolat satu saf dengan penulis idola gua, Sasterawan A. Samad Said atau Pak Samad. Gua hanya sempat bertegur dalam surau.

Kehadiran gua rasa 90% penuh. Termasuklah budak sekolah yang dapat tiket free dan beberapa insan yang dapat tiket free dari kawan-kawan yang bekerja di IB (terima kasih Kecik). Boleh dikatakan memang pementasan Mana Setangginya pada hari terakhir ini memang mendapat sambutan hangat dari semua.

****

Kisah Mana Setangginya

Teater dimulakan dengan tarian yang agak artistik dan diteruskan dengan nyanyian oleh Azizah Mahzan yang memegang watak Mira, seorang Puteri yang lari dari kehidupan mewahnya untuk 'menerangi' kegelapan rakyat jelatanya dengan cahaya Krishna.


*Watak Mira yang berjaya dibawa oleh Azizah Mahzan

Berlatarbelakangkan sebuah provinsi yang diduduki oleh kaum nelayan iaitu Teluk Setanggi selepas ditukarnama dari Teluk Biawak selepas penduduk menghalau biawak dari situ dan menanam pohon setanggi yang mengharumi setiap pelosok kampung. Juda (Tony Eusuff) yang merupakan anak Hawar, bekas ketua provinsi, sedang asyik bercinta bersama Iryam (Sabrina Ali) yang merupakan anak kepada Ibra, ketua provinsi baru kepada Teluk Setanggi.

*Iryam dan Juda, gua rasa Iryam tak cukup umpph to capture my attention.


Watak Silibi dan Subat, menghasut Juda untuk membenci Iryam. Disogoknya bahawa Iryam itu anak kepada Jin Laut. Namun ianya tidak berjaya mengubah cinta Juda kepada Iryam. Iryam sememangnya anak hanyut yang dibela oleh Ibra. Dan Iryam dipandang mulia oleh penduduk Teluk Setanggi kerana sentiasa memberi wahyu yang menguntungkan penduduknya.


*Silibi menghasut Juda

Namun pada suatu hari, Iryam mendapat wahyu bahawa mereka tidak boleh ke laut pada hari Sabtu kerana hari tersebut perlu diperuntukkan untuk beribadat. Tetapi ramai yang menentang kerana cuti hari Sabtu hanya akan membantutkan mereka dari mengumpul kekayaan dunia. Juda menegaskan bahawa penduduk provinsi tersebut hanya suka diberi namun tak sanggup untuk memberi.

Hawar, ayah kepada Juda mengambil kesempatan dengan menghasut penduduk yang tak bersetuju dengan wahyu Iryam agar pindah ke kota atas bukit yang diberi nama 'Gemilang'. Mereka dijanjikan rumah, sampan baru dan pinjaman kewangan jika mereka mahu namun sistem riba perlu dijalankan.

Maka yang setia dengan Iryam tetaplah di Teluk Setanggi dan akhirnya Iryam berkahwin dengan Juda. Ditonjolkan keindahan cinta mereka ketika sesi tari menari di dalam 'alam cinta' mereka. Watak pari-pari berterbangan membuktikan bahawa cinta mereka bisa merungkai segalanya hingga yang mustahil kian menjadi kenyataan.

*Di alam percintaan Juda dan Iryam sambil dikelilingi pari-pari beterbangan.


Tiba-tiba kejutan diberikan dengan menonjolkan watak Megda yang dikatakan bermulut manis dan menggoda, lantas barang jualannya di pasar selalu habis awal. Dan Megda ditangkap dan dituduh melakukan maksiat dengan seorang lelaki 50'an. Iryam bertanya siapa lelaki itu, tapi askar-askar kata mereka tak boleh memecahkan rahsia tersebut. Ia menunjukkan bahawa Megda adalah suatu watak perempuan yang dikorbankan dan di'eksploitasi'. Athaltuya?

*Kejahilan menguasai kota Gemilang.

Kehidupan kota Gemilang pula penuh dengan perkara dosa dan maksiat. Hawar melantik, Uzza sebagai raja. Menunjukkan bahawa penerimaan sistem feudal asing yang membawa pemahaman baru. Segalanya boleh, makan babi, ikan bersisik tiada yang tak boleh. Uzza menternak seekor belut raksasa yang sering diberikan korban, iaitu sesiapa yang mengingkarinya.

*Segalanya boleh dengan Uzza, kenduri kepala babi.


*Uzza perangai cam setan.

Ditonjolkan bahawa Juda sebenarnya masih memihak kepada bapanya Hawar. Dan Juda hanya bermuka-muka di Teluk Setanggi dengan menonjolkan kebaikkannya dengan mendirikan sekolah dan sebagainya. Juda diantik sebagai Menteri Provokasi di Gemilang dan dikahwinkan dengan anak perempuan Uzza.

*Hawar Gay, menghalau paderi yang datang berdakwah.

Pada hari yang sama, Juda juga merasmikan 3 lagi perkahwinan salah satunya ialah perkahwinan bapanya dengan Pemuda Seberang Sungai. Ini menunjukkan bahawa mereka menerima hubungan sesama jenis. Watak Pemuda Seberang Sungai sememangnya berjaya dibawa dengan baik walaupun kemunculannya hanya dalam seminit dua. Tarian dan aksi gaynya berjaya membuat penonton bersorak besar.

Pada pengakhiran cerita menunjukkan bahawa kota Gemilang diserang ribut dan belut raksasa terlepas dari kolamnya. Dan Mira menggungkapkan 'Juda telah menemui sodom wa gamurahnya'. Dan dari penyelidikan gua Sodom dan Gamurah merupakan 2 dari 5 bandar yang pernah diduduki oleh kaum Nabi Luth A.S. Adakah ianya melambangkan kota Gemilang yang hancur ditelan badai? Segalanya ada di dalam Mana Setangginya..

********

Bagi gua, teater ini sememangnya suatu nilai lakonan yang sarkastik dalam menyindir akst-aksi politik semasa. Permulaannya berat tapi pada akhirnya mudah, taklukan kuasa yang bermaharajalela. Tetapi ianya diselitkan dengan humor yang wujud dari tonasi percakapan dan hanya sesekali wujud humor dari gaya bahasa badan.

Ia juga menunjukkan bahawa manusia tunduk kepada kejahilan kerana ianya menjanjikan kuasa. Dan sepotong ayat menunjukkan mesej teater inisecara jelas, manusia dijadikan di tahap yang tinggi tetapi kembali kepada Tuhannya dalam tahap yang serendah-rendahnya.

Lakonan Juda, Mira, Uzza dan Silibi berjaya menghidupkan penceritaan dengan lebih menarik. Visual yang dihasilkan dengan kehadiran prob yang superb, sistem letupan yang mengejutkan, kostum yang berwarna-warni dan pari-pari yang terbang berjaya menarik tumpuan penonton ke arah pentas. Audio yang dimainkan secara live oleh Orkestra Tradisional Malaysia juga berjaya menaikkan semangat penonton dan membuatkan Alen mengantuk. Tertanya-tanya juga aku, macam mana rupa skor diorang. Macam mana dia tahu part bila nak masuk..sebab segalanya berlaku in one take.


*Diakhir pementasan dengan segala pari-pari.


Asalnya teater ini dipentaskan pada 1999, namun orang atasan Kementerian Kesenian kata teater ni tak ada nilai komersial dan ianya ditokok tambah bagi 'menambah' nilai komersialnya. Namun penulis asal, Datuk Noordin tak bersetuju. Dan kali ini Pengarahnya berjaya membuktikan bahawa walaupun karya asal ini mempunyai nilai komersialnya tersendiri dengan originalitinya.


notaKaki : Ribuan terima kasih kepada Kecik; ex-dormmate gua merangkap photographer IB (tiada gambar kerana dia tamau bagi, gua syak gambar dia lupa zip seluar) kerana mendapatkan gua tiket di Grand Circle.

5 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Alah, baru nak soh hang kim salam kat Orang Seberang Laut tuh! (Sambil membetulkan jambul Kylie)

Achan Sinclair berkata...

Lala..usah berlaku songsang di blog gua..ahaha

Abang Ben berkata...

Lagi sorang celebrity dari UTP ada jumpa tak, Dr. Shamsul Rahman Al-Kutty (Civil Eng)... aktivis teatee UTP takkan lu tak kenal?

stage grand design. Nak kena test gak ni tengok teater. Gua datang pakai kain pelikat n baju melayu boleh ke?

Achan Sinclair berkata...

Dr Shark..siapa tak kenal..bos baru civil dept..haha..tak perasan dia pulak..sbb teater ni dipentaskan dari 13 jun lepas..so mungkin dia datang hari lepas kot..

dia ada kot pemakaian..kena pakai baju kolar..tp gua usha pakaian yg dtg tu mmg dahsyat..pelik2..org seni kata kan..ahaks

Geng Metal berkata...

Menarik ulasan penuh lu ni bro, wa baru tgk intro masa malam HSKU hari tu ... depa buat promosi daaa ...