4 Lagu Pop 12 Tahun Lepas




Lu usha video ni AIM 1997, Aznil pun rambut hitam lagi siap cecah bahu macam Akhil Hayy lagi. Waktu tu gua rasa zama Pop Kuiz tengah hot. Budak-budak pun tengah seronok layan Dash Yankuro sama kereta Tamiya palsu cap Diamond. Tak ada masa nak tengok Aznil macam budak-budak sekarang layan Macam-macam Aznil. Gua pun tengah aktif dengan kumpulan nasyid kat sekolah rendah lagi. Tak berapa kenal sama Kurt Cobain.

Siti Nurhaliza pun baru setahun menang Bintang RTM. Tahun tu jugak dia ambik SPM, dapat pangkat 2. Zaman tu, tak ada orang nak berebut sampai 28A, semua main pangkat-pangkat je. Makin banyak pangkat, makin rendah pangkat kat opis. Lagu ni punya la femes, gua ingat kazen gua Kak Un memang layan karok lagu ni time balik sekolah. Sekarang dia pun dah taubat, tudung labuh, anak pun dah 2 orang (setakat raya tauh lepas).

Video ni, kalau perhatikan ahli-ahli 2by2 yang baju kaler putih tu menari. Lu rasa nak pinjam mesin masa Doremon, balik tahun 1997 dan terajang budak-budak tu. Sakit hati tengok dorang menari. Gua tak tau nak menyamakan apa benda dengan tarian dorang tu. Sampai macam tu la teruk tarian dorang..Cis

4 487 batang pen patah:

Tanpa Nama berkata...

omg. so funny lah. ha ha! tak sanggup aku nak tengok sampai habis, macam kawad kaki pun ada. ha ha.

+}illi.

ejat berkata...

ko perasan x muka mamat nyanyi tu mcm muka pudin yg maen shaker zaufan tu,hahahahah

Kersani berkata...

hehe! daya pemerhatian ko memang tepu ah!
mcmana ko mining database youtube boleh jumpa video kelakar tahap belalang nih?
hahaha! :P

Achan Sinclair berkata...

illi + kersani..

Mungkin bila kita tengok show ni 12 tahun lepas kita nampak xda apa salah..mungkin 12 tahun lagi bila kita usha show Meet-Uncle-Hussin-Cat-Muka..kita bantai gelak mcm skang ni

-------------

ejat

nama mamat tu Zul, abang ipar tomok..gua tak nampak langsung persamaan dia ngan Pudin..anda boleh merujuk gambar beliau di sini..

http://www.facebook.com/photo.php?pid=470912&op=2&o=global&view=global&subj=572153536&id=1045370859