3 Kemiskinan Membelenggu Diri Gua

Kepedihan kehidupan seorang pemuda 20-an sebenarnya bukanlah break up dengan awek, atau rokok habis atau pun motorsikal rosak. Tetapi kepedihan sebenarnya adalah apabila tak ada duit. Gila babi tak ada duit. Bukan ada duit sikit-sikit lagi, atau pun ada duit kat bank.

Ini betul-betul kering, wallet jadi tebal dengan kad. Semua tak boleh pakai. Kad ATM? Baki akau memang ngam-ngam RM10. Kad Insuran? Lesen? IC? Kad Tesco? Kad Derma Organ? Debit Kad? Apajadah nak pakai kalau akaun gua sentiasa kredit tiada debit.

Semalam gua isi minyak dekat Shell, gua isi borang peraduan dia. Menang dapat RM30,000. Tak pernah seumur hidup gua berharap nak menang pertandingan anjuran syarikat koperat. Perrghh.. Kalau tengah miskin ni dapat 30 ribu memang hooray la gua. Lepak mapley seminggu tak balik pun ok lagi. Macam mana projek gua nak puasa esok, ingat nak kumpul duit beli Ferrari.

Lu rasa kalau gua pergi ke Pusat Zakat Selangor, diorang boleh bantu ke? Gua kan pelajar..

notaKakiTakAdaDuit : Jadah apa pasukan Hoki Negara? Kapten dia cakap - Kami akan cuba dapatkan nombor 11 (sebelas) bagi tidak mengecewakan penyokong?.. What the hell? Nombor 11 bagi tak mengecewakan penyokong?

3 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Papa, papa. Boleh beli aiskrim, papa?

(Double meaning)

Abang Ben berkata...

topi koboi tu kalau tolak kat mamat tunggu bas, boleh cover RM5 kot. Jadi laaa buat cover sampai tengahari.

Achan Sinclair berkata...

NymQ

Kang kite g umah cik esah ek..beli eskrem melesia perisa asam bop..murah sket

-------

AbgBen

Haha..esbenarnya..topi tu pun gua pinjam kat kedai...nak amik gambar je..tak beli pun