3 Jawatan Kosong

Gua akui sememangnya gua memang berminat dalam arena pemanduan. Kecik-kecik dulu gua join Kelab Go-Kart Shah Alam, tiap-tiap minggu pusing Stadium Shah Alam, ingat dah tua nanti nak jadi partner Alonso.

Kini gua seronok dengan perjalanan dengan jalan bukit yang kona-kona kaw. Memang mencabar. Tapi aktiviti tu pun gua hanya boleh merealisasikan dengan menaiki kereta Abah gua. Kerana, kalau gua nak harapkan kereta gua, enjin MyVi nak pergi kuat mana. Yang paling penting, hal minyak-minyak ni. Nak harapkan gua tuang minyak? Tuang air pun belum tentu samada gua mampu ke tak.

Trek paling mencabar yang pernah gua lenjan adalah jalan Tamparuli-Kundasang. Jalan memang dipenuhi kona padu. Seingat gua ada juga 3-4 korner yang cecah side mirror. Memang gua dapat bayangkan malam esok Tokey Kedai Sparepart Kereta dapat dinner lauk tenggiling masak lemaklah, hasil pendapatan dari penjualan side miror kepada gua.

Tapi semalam first time gua jumpa jalan yang meletihkan minda. Jalan Bentong-Gua Musang, panjang gila 400 km lebih. Kehadiran bas-bas dan lori memang menaikkan darah gua. Emosii gua agak terganggu apabila hendak memotong lori-lori yang slow mendaki bukit, mana taknya asal gua nak potong ja pasti ada bas meluru pada gua pada arah bertentangan dengan kelajuan cahaya. Ye lah, gua kan masih teruna. Rugi besar!

8 jam dari KL ke Kota Bahru sememangnya pengalaman yang menjerihkan. Esok gua nak balik KL balik. Jika ada pemandu part time yang mencari kerja, sila email gua. Esok gua nak julur kepala aja ikut bumbung-boleh-buka kereta Alphard gua (Abah gua). Tak ada mood nak memandu.

3 487 batang pen patah:

Kersani berkata...

tau.
aku tau jalan tuh.
jalan bukit 7.
klau prasan, masa kat situ kita tgh melintasi banjaran titiwangsa sbenarnya... :)

Maaruf Mohamad berkata...

lu better baca doa pendiding dan pen'tingkap' kasi lebih. macam lu biasa buat untuk setiap paper final exam lu..doa kasi lebih.

Achan Sinclair berkata...

kersani

kelmarin gua lalu pukul 4 pagi..nampak line jalan aja..tp td gua lalu ada perasan..itu jalan hutan sejauh mata memandang

--------

maaruf

bagaimana dengan ilmu halus macam..toyo..hehe