7 Filem Cinta Musikal : Once (Bukan High School Musical)



This movie placed third on Entertainment Weekly's "25 Best Romantic Movies of the Past 25 Years" in 2008


Dan gua meletakkaan filem ini sebagai Top 5 dalam kesemua cerita yang pernah gua tonton. Filem musikal Irish arahan John Carney ini telah menempatkan diri di laman sesawang internet sejak 2007 dan ditayangkan di Malaysia sekitar pertengah 2008. Keindahan filem ini berjaya ditonjolkan oleh teraju utama Glen Hansard (vokalis The Frames) dan penyanyi berbangsa Czech, Markéta Irglová yang berjumpa tanpa disengajakan. Berlatarbelakangkan di Drafton Street, Dublin yang terkenal dengan keindahan bangunan-bangunan klasik gaya kolonial, Glen seorang busker berjumpa dengan penjual bunga, Markéta dan secara tak sengaja beliau dapat mengesan bakat musik terpendam dalam diri Markéta. Maka dengan kesungguhan mereka untuk merakamkan demo, pelbagai dugaan dan rintangan perlu diharungi disebabkan mereka datang dari golongan kebanyakan. Di dalam mengecap cita-cita, dua hati saling berpaut. Namun Glen masih teringatkan bekas kekasihnya yang mengecewakannya dan lari ke kota London dan Markéta juga mempunyai seorang suami yang tinggal di Czech. Sebagai busker dan lelaki, Glen meletakkan harapan kepada Markéta sebagai vokalis dan sebagai kasehnya. Didalam mengharung suka duka kehidupan seorang busker, beliau juga berjanji untuk membuktikan bahawa mintanya itu bukan sia-sia kepada ayahnya seorang tukang repai vacuum cleaner. Adakah mereka berjaya merakamkan demo dan hidup bersama selamanya? Bagaimana sdengan uami Markéta? Plot berlaku dengan pelbagai konflik diakibatkan perbezaan budaya dan gaya hidup. Filem ini diindahkan lagi dengan musik-musik akustik yang indah sekali nyanyian asal Glen dan Markéta Walaupun hero sama heroin tak dalah cun mana, tetapi sinematografinya memang indah macam lu yang berada di situasi tersebut.




notaKaki : Gua tak tau berapa kali dah gua usha movie ni. Tapi setiap kali gua usha, gua akan jatuh cinta buat kesekian kalinya. Rocker takkan nak jiwa kental je.

7 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

OK eh ini cerita? Gua rasa macam nak sewa kat DVD rental tapi takut tertidur lak nengok... Masuk winter ni, malam cepat ngantuk hahaha...

AlexAlabasta berkata...

Oh yes! Citer nie mmg best~ Muzik die relax but masyuk, jalan citer terase real. I think it really is one of a kind.

Must watch!!!

Achan Sinclair berkata...

Abg Ben

Haha..jangan gitu. Cita ni memang critics pakat2 bagi A. Tp gua akui, kemungkinan mengantuk memang tinggi kot. lagu dia memang syahdu

-----------

NymQ

Totally agree

Bajet berkata...

Cite ni memang best dan terbaik. Susunan music dia memang terbaik tambahan pula paduan suara padu dari Marketa Irglova dengan Glen Hansard. Memang syahdu.

Achan Sinclair berkata...

Bajet

Ko memang jiwa-jiwa, dasar hati karma. Orang lain main lagu pakai gitar ke, NymQ pakai euphonium. Ko? pakai sax, main lagu? Jangan Tinggal Daku...kang petang aku g umah ko

Dayana berkata...

I remember watching this movie at GSC MidValley where there was about only 5 other people in the cinema.

Sedih betul.

But this movie was awesome. Rugi sesiapa yang tak rasa movie ni best.

Achan Sinclair berkata...

biasa la..penerimaan penonton kita selalunya dipengaruhi sekuat mana promosi maka makin ramailah penonton..macam CicakMan 2..perrghh..tak sanggup gua nak usha