0 Berita Terkini, Hiburan Sensasi

80 peratus projek JKR lewat

KUANTAN 1 Jun - Sebanyak 80 peratus projek di bawah JKR sepanjang tahun lalu dikenal pasti mengalami kelewatan sehingga mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung peningkatan kos, pembaziran masa serta tenaga.

Sehubungan itu, Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pihaknya akan memperketatkan amalan pemberian Pelanjutan Masa (EOT) supaya kadar kelewatan projek dapat dikurangkan kepada 50 peratus tahun ini.

''Kadar kelewatan ini adalah tinggi tetapi ia bukan berpunca daripada kesilapan JKR semata-mata sebaliknya disebabkan pelbagai faktor,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pegawai kanan JKR di sini hari ini.

Shaziman berkata, kelewatan sesuatu projek banyak berpunca daripada faktor luaran termasuk pengambilan tanah, kenaikan harga bahan binaan, ketidakmampuan kontraktor atau pemindahan utiliti.

Bagaimanapun jelasnya, walau apa juga alasan yang diberikan, rakyat tetap menyalahkan JKR berikutan kelewatan sesuatu projek tanpa mengambil kira faktor-faktor luaran tersebut.

Sehubungan itu, tambah beliau, JKR perlu mengatasi masalah tersebut menerusi koordinasi yang efektif dengan jabatan-jabatan lain supaya sesuatu projek tidak tergendala.

''Misalnya, JKR perlu bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebelum melaksanakan sesuatu projek supaya tidak timbul masalah berbangkit yang akhirnya menyusahkan rakyat,'' jelasnya.

Beliau juga mengingatkan semua JKR negeri supaya berhati-hati dalam meluluskan Arahan Perubahan Kerja (VO) dalam projek-projek kerajaan bagi mengelakkan implikasi kewangan yang lebih besar.

''JKR perlu berbincang dengan agensi pelanggannya supaya setiap VO yang diluluskan betul-betul memberi manfaat kepada rakyat,'' jelasnya.

Beliau menambah, VO merupakan perubahan spesifikasi yang terpaksa dilakukan dan tidak mengikuti pelan asal sesuatu projek.

*JKR di atas merujuk kepada 'Jangan Kerja Rajin'

0 487 batang pen patah: