5 Baiki Kereta

Rakan-rakan dah ramai meninggalkan kampus. Ye lah, dah habis periksa. Buat apa lepak kat universiti? Internet pun lambat, kemudahan 3G pun tak berapa nak padu nak taruk broadband. 3GP banyaklah muncul ketika masa-masa hujung semester macam ni.

Rami juga berpendapat, selalunya lelaki jambu macam gua tak mampu buat kerja-kerja kasar macam tukar tiub basikal, pasang rantai basikal, tukar tombol pintu bila dah pecah kena sepak, tukar mentol lampu dan pelbagai lagi. Namun gua telah membuktikan bahawa teori tersebut salah sama sekali. Gua telah dididik dengan pelbagai ilmu tersebut hasil usaha cikgu Kemahiran Hidup, senior-senior di sekolah dan bapak gua.

Kemahiran membaiki kereta sememangnya satu modal paling besar untuk lu ngorat budak-budak U, budak-budak UTP ni harap ambil kejuruteraan je. Tayar spare kereta pun belum tau letak kat belah mana. Di sebabkan Abah gua pernah bukak bengkel kat Kg Baru zaman gua sekolah rendah dulu. Maka kat situlah gua sedikit sebanyak kenal kereta dan komponennya serta diajar hisap rokok Surya oleh mekanik sana. Peerrghh..gua tak into, gua sanggup pilih Choki-choki.

Suatu pagi yang damai di hujung semester, gua mau lepak minum pagi macam pekerja gomen. Lepak dengan awek la, buat hilang selera je minum dengan kawan-kawan lelaki pagi-pagi. Disebabkan gua pun tengah mood nak menyihatkan badan, gua offer service gua untuk usha kereta awek berkenaan. Ye la, dia nak balik kampung dan sebagai lelaki yang cool macam Jehan Miskin gua offer la untuk usha perkara-perkara basic.

"Air cukup, air bateri pun cukup," cetus hati gua tanda berpuas hati.

"Bak mai tisu, nak cek minyak hitam ni," ujar gua tegas.

"Nah," jawap awek sambil menyuakan tisu.

"Hmm..minyak hitam tak cukup ni. Nak kena tambah ni," balas gua sambil bercekak pinggang tanda gaya arif dengan industri automotif.

Gua melangkah ke kereta gua sambil mencari stok minyak hitam kereta gua. Beli kat Kopetro murah sikit.

"Ishh..ketat pulak penutup tangki minyak hitam ni.." cetus hati gua sambil cuba memusing penutup tangki minyak hitam dengan sepenuh hati.

"Tak boleh jadi ni, depan awek ni. Jatuh la martabat gua. Kang dia cerita kat kawan-kawan dia, jatuhlah market gua.." gua bermonolog dalaman dengan panjang sambil menukar pulas pakai tangan kiri dengan harapan tangan kiri lebih kuat dari tangan kanan disebabkan latihan-latihan tertentu. Gua syak ada orang kimpal penutup dengan tangki sekali, tu yang ketat tu.

"Meh la I try.." tiba-tiba budak perempuan sebelah gua ni menyampuk.

Ekele..lengan gua dah besar peha dia. Gim UTP tu memang rumah kedua gua, swimming pool tu memang tempat gua mandi pagi sama maghrib. Selepas bertubi-tubi latihan gua buat untuk menguatkan otot tangan, itu pun tak mampu nak buka penutup tu. Inikan budak ni? Ish..bagi je la tanda tak menghampakan permintaan dia.

"Tuuppp..." satu bunyi kedengaran dari penutup tangki tersebut.

----------

"Jom pergi makan.." gua ajak makan.

----------

Hanya gua dan dia tau ending cerita ni. Tak sanggup gua nak cerita kat orang.

5 487 batang pen patah:

ejat berkata...

looser!!


wakakakka

Achan Sinclair berkata...

gentleman

encikBoy berkata...

dowh! aku nak tawu ending!!!! ahhahaaha

Achan Sinclair berkata...

cukup lah boy..usah kau!

safwanmuhamad berkata...

alaa weh, cite r can, awek mane ko bawak tu?

ak da tau da, harap bodi je ko ni haha