6 Autopsi #3 : Jalan-jalan Pusing Sabah Part 1


*Amik gambar sudah. Nak harap gua panjat?? Dalam 2-3 tahun sampai puncak kot


Gambarajah di atas menunjukkan bahawasanya gua sedang bergambar dengan berlatar belakangkan gunung tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu. Secara tidak langsung ianya merujuk bahawa gua sedang beristirehat daripada tugasan seorang pelajar yang (separa) cemerlang dan artis yang (penuh) gemilang.

Kini hampir genap kehidupan gua di Kota Kinabalu selama seminggu, maka gua ada seminggu lagi nak survive kat sini. Setibanya gua di Kota Kinabalu naik AirAsia-kapal-terbang-gegar-gegar, gua disambut biasa-biasa sahaja oleh Abah gua. Elok je gua landing kaki kat foyer airport, gua syak kapal terbang silap landing kat negara lain sebab gua usha rakyat jelatanya memang tune lain dari Malaysian di Semenanjung. Bahasanya lain, pakaiannya lain, nombor plat kereta lain. Tapi elok je gua masuk tandas awam kat airport, gua bersyukur kerana gua masih di Malaysia lagi.

Terdetik juga kok-kot Abah gua sambut dengan karpet merah sambil diiringi paluan kompang. Perjalanan kami dari lapangan terbang ke rumah abah gua mengambil masa kurang dari 3 minit. Cet..gua ingat jauh sangat.


*Cukuplah gambar ini untuk jeleskan korang dalam jangkamasa terdekat ni. Nanti gua upload lain.

Ohh..Abah gua dah setengah tahun bekerja di KK, menghabiskan sisa-sisa sebelum pencen gamaknya. Rumah abah gua terletak di Tanjung Aru, sebuah kawasan pantai yang memang sesuai untuk bercanda bersama sumandak (gadis) sambil menonton matahari berarak pulang atau digelar sunset oleh omputeh. Perjalanan dari pintu rumah ke pantai mengambil masa 3 minit dari saat gua menyarungkan selipar. Yang terbaik di sini, adalah Medan Selera Tanjung Aru yang menempatkan peniaga-peniaga sayap ayam (chicken wing) terrrbaik!!

Abah gua seorang yang minimalis, rumah abah gua memang simple dan tak ada kipas. 3 hari jugak la gua sabar bermandi peluh sebelum abah gua beli kipas. Tak apa sauna free. Tapi sejujurnya KK adalah sebuah kawasan yang panas dah macam Tronoh tapi kehadiran sumandak di kawasan sekitar.

Gua round-round di sekitar bandar KK, dan gua berani jamin yang korang memang rugi kalau tak singgah di Pasar Ikan. Mak oih, ikan dia memang tip top, putih bersinar je tanda baru arwah, harga pulak memang setengah harga dari KL. Ikan dia memang dari golongan gred A, maksudnya ikan-ikan yang besar dan mahal. Udang pulak, lu usha lengan lu. Itu lah saiz udang terbesar di pasar KK. Masuk hari ni dah 5 hari gua makan seafood.

Tapi gua suggest better lu beli ikan raw then masak sendiri sebab bila lu makan kat kedai, harganya boleh melonjak 3x harga asal dan rasa masakannya memang gua tak berapa nak kacip. Tapi bila lu datang Pasar KK, lu jangan lupa singgah Pasar Filipina yang jual cenderahati, tapi gua cakap memang lu kena tawar 100% dari harga yang dia offer. Kalau tak memang peniaga tuh menjerit ”Hooorayy!!” bila lu blah.


*Gua pun tak tau apa signifikan gua amik gambar kaki..Ohh ya..kasut ni baru basuh selepas 2 tahun tak basuh..hahaha

Selain ikan dan rokok, harga semua benda dekat Sabah adalah lebih mahal dari Semenanjung termasuklah surat khabar. Maka lu kena kasi susun lu punya bajet kasi padu sikit la. Belanja pun tak bolehlah rancak-rancak. Okay, gua nak kena balik dulu. Sekarang ni gua dekat airport, tengah tumpang wifi free..hehe. Nanti gua sambung bila percuma.


notaKaki : Kenapa sumandak sering diiringi oleh mak bapak diorang? Sapa yang hebahkan kehadiran gua ni??

6 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Wah~! Sounds like fun~

Seyes, chjicken wings sane mmg terbaik!

Achan Sinclair berkata...

haha..ok la..kena pandai pilih..aku mmg susa mati ciken wing...tak sume nye sedap bah

Tanpa Nama berkata...

wa rase ade pasan muke lu la bro 2-3 mgu lepas kt kl sentral. ade btol? mg ade iras2 mamat sinclair la

Achan Sinclair berkata...

Haha..nama lu tak ada..tempat lu tu terlampau tak spesifik..org KL wajib g kl sentral..tp 2-3 minggu lepas aku masih di Ipoh..heh

Tanpa Nama berkata...

bro,try p ziarah pulau2 kat sane..then cite kat aku...

-aku bukan kau-

Achan Sinclair berkata...

aku teringin gak nak p..tapi jauh beb..pulau lawa-lawa ni kat belah tawau..600km dari KK..naik kereta pun jalan macam jalan lama nak balik kelantan..muntah hijau..