2 Siapa Kata Kita Tak Mampu?

Bangun pagi tadi, bila gua teringat mimpi malam tadi rasa macam tengok Raja Lawak. Gua pinjam kereta Proton Saga milik Nukman Basyir, sebuah kereta Proton Saga edisi Mahathir yang lama gila babi punya, power stereng pun tak dak, nak side parking gila seksa. Apa ntah lagi kemudahan power window? Memang pakai tingkap kayuh la.

Gua borrow kereta Nukman sebab nak tolong seorang Pak Cik tu. Anak dia dilarikan oleh geng Fast n Furious. Berbekalkan kereta Nukman, gua mengejar geng-geng tu. Mereka naik Skyline, Evo, Fairlady, gua tenang je dalam hati.

*Nukman Basyir (baju belang-belang) meletakkan Kereta Nasional miliknya setaraf dengan kereta-kereta Fast & Furious. Tak sangka pulak ada gambaq ni.

Kejar punya kejar, gua dapat memotong kereta mereka dengan menggunakan kereta nasional yang pertama. Diorang tak puas hati, diorang baling batu kat kereta gua. Batu lagi laju dari kereta, memang syok. Kena cermin sisi Nukman, pecah.

Pagi tadi, gua bangun je terus chat dengan Nukman. Mintak maaf sebab pecahkan cermin sisi kereta dia di dalam alam khayalan gua.

notaKakiLajuDanGarang : Jika pihak pengeluar kereta nasional nak pakai mimpi gua bikin commercial advertisement, gua benarkan tertakluk kepada syarat dan peraturan*

*Sebijik Proton Exora

2 487 batang pen patah:

Queen of Kitts berkata...

Hai abang nukman...

Achan Sinclair berkata...

ini bukan blog untuk mengawan..maaf