0 SAB4242 : Introduction to Coral Music (Seni Suara)


*Uncle Mozart

Di pagi yang mulia ini gua rasa macam nak menulis sesuatu yang teknikal. Apa? Macam mana nak buat program menggunakan bahasa komputer Java? Jangan haraplah anda akan menemui tips-tips untuk programming di sini.

Gua nak berkongsi ilmu sedikit mengenai seni suara. Ya, suara gua memang tak sedap mana time berlakon filem High School Musical. Tapi mungkin anda, apa pulak gua pakai istilah 'anda' ni? Tapi mungkin lu berminat menyanyi koir atau nasyid atau ingin menubuhkan sebuah kumpulan seakan-akan Queen. Tapi paduan suara (harmoni atau nama saintifik dia Coral Music) lu tak berapa nak padu.

Ilmu nyanyian ini adalah suatu ilmu yang gua rasa cukup menarik jika diselidiki dengan mendalam. Apa yang gua kongsikan disini adalah hasil dari pembelajaran gua sendiri dan pengalaman gua bersama kumpulan nasyid Zaufan. Jika ada apa-apa yang korang rasa tak berapa betul dalam ni, harap dimaafkan. Seni suara ini sebenarnya perlu disusuli bersama ilmu musik, iaitu key, pitch, tempo dan lain-lain. Tapi rasanya perkara-perkara berikut terlampau sukar nak diterangkan sebab gua tak tau macam mana nak tulis skor dalam blog ni.

Kita bermula dengan mengenali sifat dan karekter suara. (Perghh..rasa macam ayat cikgu. Selamat Hari Guru.) Suara manusia mempunyai pelbagai jenis dan bunyi, ada yang kata merdu, lunak, sengau, sumbang dan garau. Tapi sebenarnya bila menyanyi, suara kita warna dan karekter yang berbeza.

Perlu saya ingatkan bahawa jenis suara lelaki dan perempuan adalah amat berbeza. Saya?? arrghh.

Ini adalah jenis suara lelaki, yang sememangnya lelaki termasuk lelaki yang bernaluri wanita.

  1. Sopranista - Ini adalah suara kanak-kanak lelaki yang belum baligh atau pecah suara lagi. Pencapaian key memang tinggi sebab..suara dia tak pecah lagi. Setakat lagu Fantasia Bulan Madu tuh senyum-senyum je anak sedara gua nyanyi.
  2. Castrato - Ini adalah suara yang mampu menyaingi pitch suara soprano perempuan atau budak-budak kampung panggil suara ni Male Soprano. Gila rare suara ni, gila babi rare. One in a million kot. Sebenarnya castrato ini diambil sempena ayat castrated@kasi@potong anu.
  3. Countertenor - Suara lelaki yang betul-betul tinggi atau suara tipu laki-laki, atau kita boleh sebut sebagai falcetto. Sila ke pusat karaoke berhampiran, bersepah suara ni. Gua syak suara Amy Search dengan Lan Meet Uncle Hussin termasuk dalam kategori ni.
  4. Tenor - Suara lelaki yang tertinggi key-nya. Hampir semua penyanyi pop Malaysia bersuara tenor. Suara tenor ini adalah satu oktef dari soprano. Kebiasaannya range suara tanor adalah dari key B Major hingga g1, tapi boleh mencapai mencapai kepada range yang lebih tinggi jika dengan latihan yang betul. Selalunya dalam kumpulan nasyid atau koir, tenor akan menjadi suara utama atau disebut sebagai unison. Antara suara tenor yang gua rasa menarik adalah suara Pot Amir (Innuendo, Radiostar)
  5. Baritone - Suara lelaki yang bernada tak berapa nak rendah dan tinggi, atau kata lain sederhana. Baritone juga mempunyai suara yang sedikit kasar ataupun bukan suara yang disebut sebagai lunak. Suara M. Nasir termasuk di dalam kategori baritone. Suara gua pun baritone juga..hehe
  6. Bass - Kumpulan suara lelaki yang paling low key dan kasar. Range suara dari E major hingga C1. Kini suara bass kurang mendapat sambutan di dalam industri musik, mungkin tak berapa nak kacip dengan jenis lagu sekarang. Contoh suara bass yang dikenali adalah P. Ramlee.
Dan range suara untuk wanita adalah

  1. Soprano - Suara wanita yang mempunyai range paling tinggi iaitu C1 ke C3. Ni lah suara yang bila mampu memecahkan cawah, gelas, tingkap dan lain-lain peralatan kaca di rumah. Ibu-ibu garang selalu bersuara soprano sambil memanggil anak-anak mereka balik dari padang. Hahaha..tak la. Syafinaz adalah penyanyi wanita bersuara soprano, Ning Baizura bukan. Saya ulang balik Ning bukan OK.
  2. Alto - Suara perempuan terendah (f sampai d2). Sekali dengar suara ni bunyinya seakan-akan suara lelaki yang buat countenor. Siti Nurhaliza, memang akak bersuara alto.
Letih sih cerita hal-hal akademik ni.. nanti gua sambung lain kali hal pernafasan, apajadah nyanyi pakai perut dan lain-lain lagi.

Quote dari Uncle Mozart,


"Suara umpama warna, suara berwarna biru itu cantik, kuning pun cantik. Tapi untuk mendapatkan lukisan yang cantik, wan-warna tersebut perlu disatukan."

*Ini Lan Meet Uncle Hussin. Cerita lain

0 487 batang pen patah: