2 Pecah Penjara Kena Balas


5 tahun dulu, gua masih tak ada PC sendiri. Menetap pun di ceruk UTP, Perkampungan Lama Pelajar 5. Md Khalid Ibrahim adalah manusia yang bertanggungjawap memperkenalkan gua kepada siri drama omputih Prison Break. Boleh dikatakan setiap hujung minggu gua ke bilik beliau di perkampungan pelajar baru untuk menonton Prison Break di komputer peribadi milik beliau.

Ketika bekerja di Frost & Sullivan pun sebenarnya hati gua gundah, tak tenang diakibatkan kerinduan gua kepada Prison Break. Akhirnya gua belajar menggunakan torrent dari Faizuddin aka Rev. Selepas terer menggunakan torrent, gua menggunakan kelebihan internet di opis. Kasi download episod-episod Prison Break terkini. Akhirnya kerinduan gua terbalas.

Kini selepas 79 episod berlalu dan 78 kali hati gua gundah menanti episod akan datang, dan selepas 5 tahun gua menjadi penonton setia Prison Break, selepas Micheal Scofield masuk penjara, keluar penjara, masuk penjara lagi dan lari lagi. Akhirnya siri drama ini telah menemui penghujungnya. 5 tahun, bukan suatu jangkamasa yang sekejap. Setengah dekad ni weh! Kalau anak lu baru lahir 5 tahun lepas, hari ni dia dah pandai tengok jam analog, mintak mak duit beli jajan. Segala konflik telah diatasi dengan berjaya oleh pasangan adik beradik Scofield dan konco-konconya. Ending yang baik.

Gua akhiri cerita mengenai Prison Break ini dengan serangkap pantun.

Pecah Penjara, Pecah Kepala
Lepas Baca, Boleh Blah

Maaf rima pantun gua tak kena.

notaKakiPecahPenjara : Kini gua tau macam mana perasaan penonton sinetron Indonesia, Bawang Putih Bawang Merah selepas menonton ending sinetron tersebut. Ni Mak Su gua layan sinetron baru, Bintang tak silap gua...episod dah 246. Bila nak habis?

2 487 batang pen patah:

Faiz Rev berkata...

oh ade orang sebut2 nama aku rupanya

pelik kenape gua tak layan PB yg syok ni. Supernatural & Heroes gua layan plak. papelah. semua series ni best kot

Achan Sinclair berkata...

nafsu lain-lain..payah r kalo sume ckp reina tanaka lawa...eun hye sapa nak kan? :P