2 Nostalgia Gua : Perangai Buruk Gua Time Belum Akil Baligh

Bersempena hari Mak ni, gua nak ungkit cerita yang gua rasa kalau lu jadi mama gua. Lu dah campak gua kat mana-mana shopping complex behampiran. Cerita ini adalah berdasarkan pengalaman gua atau diceritakan balik oleh Mama gua kepada makcik-makcik gua.

Ketika gua kecik dulu, family gua memang peberet shopping ke Subang Parade. Pusat membeli-belah tersebut memang femes bak ketika akhir 80'an ke 90'an. Nak harap Midvalley? Arkitek dia pun tak habis sekolah menegah lagi kot time tu. Kalau pergi ke Subang Parade konfem Abah gua bawak makan McD. Kalau usha muka Abah gua macam ketat tak nak gi McD tu, gua dan adik-adik meminta bantuan Mama menyuarakan pendapat untuk makan di McD. Kami jadi support actors sambil membuat muka kasihan. Teknik ini memang berkesan!! Anak gua nanti kena pakai taktik lain, taktik ni gua dah boleh baca.

Kat Subang Parade ni selalunya gua akan menimbulkan masalah. Sebagai pelajar tadika yang aktif, gua sering main sorok-sorok dengan Mama gua (Abah gua garang). Mama gua pilih baju, gua sorok kat celah-celah baju yang tergantung kat hanger kat Parkson. Bajet nak suruh mama gua cari la, tapi gua tak sedar nafsu shopping kaum hawa lagi time tu. Selalunya memang gua tunggu kat celah baju tu lama gila babi la. Sampai mama gua dah setel dengan akak cashier tuh baru dia nak cari gua.



*Gua rasa ni waktu gua umur 2 tahun. Inilah satu-satunya gambar gua yang gua pakai Pampers.

Pernah jugak Mama gua dah lost gua, dan gua pun dah lost contact sama mama gua. Ini memang gua ingat punya, umur memang tak layak masuk sekolah rendah lagi. Gua nak cari pun tak tau kat mana. Menangis jangan tanyalah, kalah air mata Mak Esah usha cite hindustan. Tapi ddengan semangat waja gua, gua tau satu tempat je kat Subang Parade tuh, McD. Maka dengan berbekalkan air mata di pipi, gua lepak kat kerusi sebelah patung Ronald McDonald. Siap ada orang datang bagi buah pisang lagi. Lama kemudian, baru Mama gua sampai sambil tergelak usha gua kat tepi menatang tuh.

Time darjah satu dulu gua pernah juga buat hal, balik sekolah ke tempat Mama gua kerja. Sampai opis Mama gua, gua lenggang kangkung je mengaadap dia, mama tanya mana beg gua. Gua pun dah lupa, kemudian Mama gua gegas bawak gua ke sekolah balik yang jaraknya lebih 10km. Cari beg gua satu sekolah, last-last jumpa kat kantin.

Ni tak kira lagi teknik-teknik gua nak ponteng sekolah agama petang-petang nak usha Dash Yankuro. Alasan macam segala bala, segala penyakit gua dah cakap kat mama gua, sakit perut, kaki, tangan. Kanser pun tak silap gua pernah kemukakan kat mak gua. Jahilnya gua time tuh. Mama gua paham, hari Selasa kira cuti tambahan lah. Selamat khatam Quran gak gua dulu.

Sekarang ni sume tu memori je. Sekarang gua dah dewasa, pandai berfikir. Cuma tak pandai potong kuku, gosok baju, ikat tali kasut dan beberapa perkara lain. Tapi gua sayang mama gua gak!!

2 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Wah! Bestla post nih, nak tiru idea leh?

Nak wat! Nak wat gak! (sambil membuat muker nak makan McD)

Achan Sinclair berkata...

royalti..nasi beriani kat kaf v4..