3 Merepek#1 : Batu Kurau, Taping

Gua baru pulang dari kampung, pergi lepak-lepak menziarah Tokwan sama Opah gua. Dikesempatan tu, gua rilek-rilek menenangkan hati yang lara akibat kekalahan Arsenal dan untuk menghadapai Peperiksaan Akhir Penggal yang bakal menjelma minggu depan. Balik Taiping, event gua untuk kali ni adalah menziarahi Air Terjun Lata Sepeneh, Mee Udang Kuala Sepetang dan Cendol Bismillah.



*Lata Sepeneh yang bikin gua aman sambil main gitar lagu-lagu Innuendo



*Anak Mak Cik Mee Udang memang cun!!


*Gua tak ada apa-apa perasaan terhadap mamak ni. Tapi Cendol dia memang syiok!

Selepas semua unsur di atas disebatikan, maka gua rasa gua dah bersedia nak menghadapai minggu exam dengan aman.

Selamat Maju Jaya kepada semua rakan-rakan di UTP, terutama yang ada 10 hari lagi je bergelar pelajar UTP.

3 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

Taping ni kat mana? Singapore? Indonesia? Vietnam?

zatulnot*

*pengesahan perkataan yang gua kena letak nak sahihkan komen gua.

Achan Sinclair berkata...

ish..teman..tak perok le yeop..tepeng ni kat atas sket dari kole kangsor..

gua syak verify word tu nama-nama planet yang dalam pemerhatian pihak NASA

Achan Sinclair berkata...

Ohh..post title yang typo..ta ping...macam tapir pun ada