1 Laporan Lengkap 'Sunday Is Too Early (Season 1)'

TRONOH 24 Mei - Setiap semester gua dan rakan-rakan akan menganjurkan sesi jamming secara berjemaah untuk merapatkan ukhwah sesama pemusik-pemusik mukim Tronoh dan meraikan pengakhiran semester di kampus buat kali ke sembilan. Tiap-tiap tahun namanya Sunday Not Too Late, sebab kami selalu jaming pada matahari nak terbenam pada hari Ahad, pendek kata time Power Rangers nak start.

Kali ini, kami membuat anjakan paradigma. Selari dengan gagasan 1Belia, 1Malaysia yang cuba dijayakan oleh PM kita. Kami menukar kepada Sunday is too Early (Season 1). Jamming pada jam 12 tengah malam hari Ahad. Kita kena sentiasa mendahului pesaing, barulah kita di depan.

Beberapa pemuzik dari pelbagai band datang bertandang Influx, Band Jamen, Hazel (Mok sorang je), Zig Zagoon (Arwah) dan beberapa projek band lain. Pesta rapat umum yang dikelolakan oleh Pidus ini telah bertapak di Studio Skaface pada Ahad lepas. Seperti biasa, kami memang suka jamming sambil bogel, maka kaum hawa dilarang masuk studio.


*Walaupun IQ mereka tak berapa tinggi, tapi mereka baik hati

Secara keseluruhan hampi 265 buah lagu kami berjaya dendangkan pada malam tersebut. Lagu-lagu tersebut meliputi hampir semua genre musik di dunia. Mok dengan lagu ala Aizatnya, Influx dengan lagu Padi-nya, ZigZagoon dengan old-skul indie dan gua pasti memaksa mereka bermain lagu epik grunge. Malam tersebut gua lebih bermain alatan string iaitu gitar dan bass serta di posisi mikrofon untuk lagu-lagu yang memerlukan suara lunak ala Anuar Zain. Dan sampai hari ni gua tak ada suara sebab overeact dengan suasana malam pesta muda-mudi tersebut. Dan majlis diakhiri dengan upacara mengutuk, caci hina di atara satu sama lain di kedai mamak berhampiran- Bernama

*Muka hadapan majalah URTV bulan depan. Jangan lupa beli sebab gambar ni gua baru buang janggut sama misai. Tampak anggun


notaKakiJamming : Di sinilah kejadian pengakhiran hikayat sekeping pick guitar berlaku.. T_T..gua dah pandai main simbol lepas usha Angel and Demon..hehe.

1 487 batang pen patah:

Drum Kit berkata...

tenkiuk acan!