0 Laporan Lengkap #3 : Majlis Ulang Tahun ke-4, Kapasitor

*Antara penulis dan penggiat seni yang terlibat. Tak da la sume muda remaja. Ada jugak anak baru habis SPM


Pada 4 bulan dahulu, gua ada show di Annexe Gallery, Central Market. Performance gua tu bukan Majlis Rilis Album Achan Sinclair. Sebaliknya ianya bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-4, Kapasitor, sebuah portal sastera yang menempatkan penulis-penulis Cerpen, Sajak, Puisi dan Novel dari kalangan usia-usia gua, usia belia muda.

Gua perform beberapa buah lagu akustik yang gua pun dah lupa apa tajuk, makan semut banyak sangat. Gaya gua memang M. Nasir gila tengahari tuh. Gua baru nak post benda ni sebab gua baru ternampak Jo, founder Kapasitor tag gambar event ni, selepas 4 bulan. Budak pun dah boleh merangkak.


*Serius gua tak perform dalam posisi begini. Ini time gua tengah tunggu turn belakang stage.

Bagi gua, ini adalah sebuah show yang paling gua ingat. Pagi sebelum show tu mak gua kena warded. Memang dugaan besar, samada gua nak perform ketika mak gua di hospital atau gua teman mak gua. Ikutkan hati memang gua nak duduk hospital, tapi selepas mak gua pujuk gua dan ingatkan gua nanti tentatif program diorang berubah akibat gua tak pergi. Gua akur dan gua memaksa diri juga ke sana.



*Epri tengah bagi ceramah. Muka serius, macam tengah ajar cara-cara tayamum.

Alhamdulillah, pemergian gua tak sia-sia. Gua dapat berkenalan dengan ramai penulis-penulis amatur, senior dan novelis handalan dari Indonesia, Epri Tsaqib. Gua juga berkesempatan berlepak dengan Serunai Faqir, seorang penulis yang gua rasa boleh masuk kategori senior. Banyak kami berkongsi maklumat dari segi penulisan, persilatan, musik dan peradaban Melayu. Beberapa persembahan lain beberapa performer lain seperti Gendang Silat oleh Serunai Faqir, indie music dari band Sky Honey Coffee, Bag-Pipe oleh ex-Victorian, deklamasi puisi oleh Epri dan banyak lagi.

Akhirkata gua memang sokong penuh perjuangan Kapasitor dalam membentuk generasi penulis versi baru. Majulah Kapasitor untuk negara.


notaKakiPukul : power supply ku dah idup semula selepas gua invest RM100 kat apek low yatt

0 487 batang pen patah: