3 Kisah Lampau : Perihal Kenegaraan

Ini hari 14 Mei, semalam genap 40 tahun peristiwa 13 Mei yang mengungkit kejadian rusuhan kaum di negara Malaysia ini. Walaupun pelbagai laungan perpaduan disuap kepada kita. Namun sebagai rakyat Malaysia, kita masih terlampau asyik memikirkan kepentingan diri sendiri tanpa mengambil peduli bangsa lain.

Memang pada kasarnya, bangsa Melayu bukan berada di takuk tertinggi dalam apa-apa kejayaan, samada pada ekonomi, kemajuan sosialnya dan perpaduan sesama bangsa.

Jika dilihat pada segi ekonomi contohnya, sememangnya segala yang berlaku adalah adil. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Dia yang Maha Adil, jika usaha juga tapi masih tak dapat apa yang nak dikecapi, pasti ada hikmahnya. Dan yang berjaya itu juga pasti ada hikmahnya kerana segalanya dalah milikNya.

Masing-masing (tak kira bangsa) sentiasa membuat strategi untuk menikam dari belakang. Kenapa perlu begitu? Nak pokok sendiri hidup subur, siram dan bajalah pokok sendiri. Jangan asyik nak mencantas pokok orang. Jangan letak pasir dalam periuk orang, berlakulah adil semua manusia kerana keadilan itu adalah konsep yang universal.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan karena Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlakulah adillah. Karena (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan" (al-Maidah: 8).


Perspektif kaum Melayu majoritinya berfikir bahawa susah untuk hidup bersama rakan bangsa lain. Entah apa yang difikirkan terlampau susah itu? Jika agama berlainan, rasanya itu bukan suatu isu. Sedangkan sesama muslim pun asyik nak bertengkar, berebut kuasa dan menggunakan nama 'Demi Rakyat', dua-dua sama saja.

Kita selalu mengetengahkan konsep ajaran Islam dan perkara-perkara yang terkandung dalamnya tetapi kita tertinggal aspek kesejahteraan Islam itu sendiri. Ironinya, segala dalam segala kejayaan yang dikecapi dalam meletakkan hukum-hukum Islam, tapi pada ekonominya ketinggalan. Dalam mendirikan sesebuah negara, pada kesejahteraan rakyatnya diperlihat dari ekonominya.

Ketika zaman pemerintahan Khalifa Umar Abdul Aziz contohnya, meletakkan hukum-hukum Islam dan hal-hal ekonomi sebagai dasar negara, sehinggakan tiada penerima zakat di negeri tersebut. Dimaksudkan dengan tiada penerima zakat adalah, kesemua rakyatnya termasuk dalam golongan yang berharta.

Dan perkara yang penting dalam mengasaskan sebuah negara yang sempurna (mengikut syariat Islam), perlulah berpandukan keadilan dan kesejahteraan.

"Sesungguhnya, bagi kaum Saba' ada tanda (kebesaran Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (kepada mereka dikatakan, Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik (nyaman) sedang (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun" (Saba':15)


Keadilan dan kesejahteraan ini bukan sahaja milik muslim, tetapi adalah untuk semua warganegara tanpa mengira agama, bangsa dan kaum. Sebagai muslim khasnya, kita tidak boleh menafikan hak, kesejahteraan dan sentiasa berfikir nak bergaduh dengan bangsa lain. Janganlah asyik berfikir nak hunus keris saja, fikir dulu apa yang kita buat ini adakah adil bagi semua? Sedangkan dalam Islam sendiri kita diberi "lesen" untuk berperang dengan sebab-sebab yang tertentu saja.


"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, karena sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu, (iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar....."
(Al Haj:39-40)


Jika segala aspek kenegaraan dapat dihuraikan, maka tidak perlulah risau rakan-rakan yang berlainan agama dan bangsa (dan bangsa kita sendiri). Jika perkara ini dapat diperhalusi, tak perlulah hendak dijeritkan ke sepelosok dunia tentang "Negara Islam" kerana ianya akan datang sendiri. Dan perkara-perkara beginilah sepatutnya ditonjolkan oleh muslim kepada rakan-rakan bangsa lain sebagai contoh yang dikatakan sebagai "Islam".

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong" (An Nashr : 1-2)

Sepertimana kedatangan Rasulullah memasuki Kota Mekah, apakah faktor kaum-kaum Quraisy itu memasuki Islam? Adakah kerana "Islam" itu sendiri memasuki Mekah? Fikirkan..

*Bagi gua, Band Jamen adalah suatu ikon perpaduan rakyat Malaysia yang ahlinya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

3 487 batang pen patah:

Abang Ben berkata...

Nice article.

Rezeki Allah s.w.t. dah tetapkan. Yakin tu yang masih goyah dalam jantung (heart, qalb) kita.

Achan Sinclair berkata...

Dia itu Maha Adil, jika diizinkan pasti tak dipersia-siakan usaha dan tawakal kita itu

Achan Sinclair berkata...

Dia itu Maha Adil, jika diizinkan pasti tak dipersia-siakan usaha dan tawakal kita itu